Friday 23 December 2011

Mahasiswa tolak DEMO,MPMUM ubah pendirian

Demonstrasi jalanan yang direncana bakal dilakukan oleh pihak MPMUM dikatakan gagal mendapat sambutan majoriti mahasiswa.Akibat daripada penolakan daripada ramai mahasiswa,MPMUM kini telah berubah pendirian.Pendirian yang berubah ini telah disebut dalam laman web rasmi mereka disini yang jelas sebelum ini ada exco MPMUM sendiri yang giat mempromosi demonstrasi.Sila rujuk gambar dibawah



Mengapa kami mengatakan ia demonstrasi dan bukan sebenar-benar sesi penerangan?


(Tidak mendapat kebenaran dan menganggu lalu lintas)

DAN SEMUA ORANG TAHU YANG BAKAL BERLAKU IALAH DEMONSTRASI



___________________________

Kenyataan putar alam Kelvin



Demonstrasi untuk serah referendum?



(Jika mahu serah referendum,menga[a tidak dilakukan di tempat yang lebih elok dan tidak melibatkan demonstrasi jalanan yang jelas menyusahkan orang lain dan memburukkan imej Universiti Malaya?)

________________________


1.Penggerak Mahasiswa menolak demonstrasi sebagai jalan menyelesaikan masalah
2.Adakah dengan menolak demonstrasi,Penggerak Mahasiswa dikatakan ghairah ingin mengambil jawatan MPMUM? Jadi Tolak Demonstrasi = Ghairah ambil jawatan MPMUM???

Sesi singkap kembali


(Akibat tidak mendapat jawatan Majlis Tertinggi MPMUM 2009/2010,pihak Pro M menubuhkan MPMUM Pro-M.Hawari Zakaria seolah-olah memerli pihak senior mereka sendiri)

JADI MARILAH BERSAMA


(MENOLAK DEMONSTRASI)

Dari pihak UMD,kami tidak lupa mengucapkan tahniah kepada MPMUM kerana menjayakan Wang Bantuan Ihsan.Anggaplah setiap kritikan daripada pelbagai pihak sebagai usaha untuk membantu pihak MPMUM memperbaiki diri.


Thursday 22 December 2011

YANG TERSEMBUNYI

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 2010/2011 akan mengadakan satu demonstrasi selepas solat Jumaat,esok bagi menyatakan bantahan terhadap yuran ICT yang dikenakan sebanyak RM 100.Demonstrasi berkenaan akan dilakukan di hadapan bangunan Canseleri.Perkara ini turut mendapat liputan daripada media luar iaitu Malaysiakini.Namun terdapat perkara-perkara yang tidak dihebahkan oleh barisan tertinggi kabinet MPMUM terutamanya isu berkenaan penurunan yuran ICT kepada RM 60 kepada mahasiswa Universiti Malaya.Makluman mengenai perjumpaan antara pihak pengurusan UM dengan pihak MPMUM semalam jam 5.30 petang hingga 7 malam juga tidak dihebahkan oleh MPMUM tanpa diketahui sebabnya.Antara individu-individu yang menghadiri perjumpaan itu ialah Syahid Zaini,Hawari Zakaria,Robiatul Adawiyah,Syafiq Rohaizad.Pihak UMD terkejut apabila perkara ini disampaikan sendiri oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar di page rasmi HEP (klik sini) dan TIDAK DIHEBAHKAN sendiri di laman sosial Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011.Untuk lebih jelas sila rujuk video dibawah


Bagi pihak UMD,kami kesal kerana perkara-perkara seperti ini tidak dihebahkan kepada mahasiswa Univerisiti Malaya malahan masih berniat melakukan demonstrasi walaupun yuran ICT telah diturunkan kepada RM 60.
Penggerak Mahasiswa tampil dengan beberapa cadangan


Sidang diskusi bersama TNC HEP telah diadakan berkenaan isu yang melanda mahasiswa di Universiti Malaya.Sidang diskusi ini dihadiri oleh beberapa presiden kolej kediaman,speaker Sekretariat Presiden Kolej Kediaman (SPKUM),wakil Penggerak Mahasiswa,wakil daripada Kelab 1Malaysia dan Pemashor.Idang diskusi ini adalah bertujuan mendapat kepastian perkara-perkara berikut : 

1.Isu wifi
2.Isu bas
3.Isu demonstrasi

Sidang diskusi

Isu Wifi
-meneliti semua pelan dan kadar pengunaan WIFI
-memaksimakan pengunaan internet jalur lebar
-memastikan laman yang dilarang mendapat penjelasan
-Mempersoalkan tindakan MPMUM yang tidak menghebahkan pemberitahuan mengenai penurunan yuran

Isu bas
-Menyemak semula jaduan laluan dan perkhidmatan  bas
-Memperbanyakkan laluan bas di luar kampus

Demonstrasi
-Menolak sekeras-kerasnya demonstrasi di kampus
-Menuntut MPMUM mengharamkan demonstrasi
-Menggalakkan rundingan damai dan diskusi tertutup


MPMUM 'lalang'

Sebelum ini pihak MPMUM akan menganjurkan demonstrasi bagi isu yuran ICT ini.Namun sejam yang lepas UMD telah mendapat berita bahawa pendirian mereka telah berubah.



Yuran sudah diturunkan,jadi perlukah BERDEMO?


Wednesday 21 December 2011

Gergasi mahasiswa telah bangkit

Putrajaya,21 Disember 2011-Satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa Pro Aspirasi yang turut disertai oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Jaringan Melayu Malaysia berakhir dengan aman petang tadi.Antara perkara yang dibangkitkan pada perhimpunan ini ialah mendesak kerajaan Malaysia mengkaji semula cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).Perhimpunan ini juga bertujuan menyatakan sokongan kepada kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.Dianggarkan lebih daripada 900 pelajar termasuk alumni Aspirasi berkumpul di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi.Perhimpunan aman ini telah mendapat permit daripada pihak polis dan diketuai oleh Pengerusi Aspirasi Mohd Shahar Abdullah.Dalam pada itu juga beliau merasmikan Peace Campus sebagai satu usaha pihak Aspirasi dalam menjaga keamanan kampus."Kita akan buat jelajah di seluruh IPT" tegasnya lagi.Perhimpunan aman ini juga mendapat sokongan lebih ramai mahasiswa berbanding demonstrasi yang dilakukan oleh BEBAS dan SMM beberapa hari lepas.Perhimpunan aman ini jelas memberi mesej kepada rakyat Malaysia bahawa masih ramai mahasiswa menyokong kerajaan yang sedia ada dan memberi tamparan hebat kepada pihak SMM dan BEBAS yang mewakili minoriti mahasiswa.Perhimpunan ini berakhir dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa-UMD




Sunday 18 December 2011

MPMUM tidak tahu HEP anjurkan kursus?

Gempar!MPMUM tidak tahu Bahagian Hal Ehwal Pelajar menganjurkan Kem Jati Diri Mahasiswa tahun pertama.Perkara ini amat mengejutkan apabila sepatutnya MPMUM sebagai badan yang mewakili mahasiswa sepatutnya berkerjasama dengan baik dengan HEP dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil mahasiswa dikatakan tidak mengambil tahu akan program anjuran HEP.Kenyataan MPM ini sebenarnya hanya membuka pekung di dada.Sila rujuk sini .Maka persoalan mengenai apa yang pihak MPM peka mungkin sekali terjawab dengan beberapa gambar dibawah



YDP MPMUM 2010/2011 juga mendakwa dalam kenyataannya bahawa sebahagian besar kabinet MPM tidak dapat mengakses page Bahagian Hal Ehwal Pelajar.Jika benar perkara ini berlaku pihak MPM sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada pihak HEP mengenai perkara ini dan tidak sepatutnya mereka berdiam diri kerana mereka perlu bekerjasama dengan HEP (Jika benar mereka diblock).Ini juga menunjukkan pihak MPM tidak langsung mengambil tahu akan perkembangan HEP kerana mereka baru sahaja sedar mereka disekat daripada mengakses halaman berkenaan apabila berita mengenai Kem Jati Diri disiarkan oleh satu website iaitu Gazebodaily.Itu pun jika benar mereka disekat.Syahid juga dilihat memang tidak mengambil tahu langsung mengenai HEP kerana Encik Imran Nul Hakim Derasip sudah pun tidak berkhidmat untuk HEP.Jelaslah kenyataan Syahid  merupakan serkap jarang.Disamping itu MPM dilihat seolah-olah menuding jari kepada HEP akibat dilihat sebagai kurang aktif dari pandangan mahasiswa.


Namun persoalannya,apakah 'pelbagai perkara' yang dimaksudkan oleh MPM?Mengapa tidak disebutkan dalam kenyataan mereka?Sudah-sudahlah MPM mencari silap dan salah orang.Kami mahasiswa sudah muak dengan permainan politik yang tidak berkesudahan ini-Nurul UMD

Friday 16 December 2011

Kelab 1Malaysia anjur Pertandingan Bowling Perpaduan


Kuala Lumpur,16 Disember 2011- Satu pertandingan bowling anjuran Kelab 1Malaysia telah diadakan di Cosmic Bowl,Mid Valley semalam.Pertandingan ini menyaksikan penyertaan dari wakil kolej-kolej,sekretariat Presiden Kolej Kediaman serta luar kampus.Pertandingan ini bertujuan memupuk semangat perpaduan  diantara pelbagai kaum serta merapatkan ukhwah antara ahli kelab."Ini adalah satu permulaan yang baik kepada mahasiswa-mahasiswa bagi merapatkan ukhwah sesama ahli serta memperkukuhkan lagi perpaduan dengan penyertaan pelbagai kaum.Disamping itu ini adalah peluang yang baik untuk mempromosi kelab ini bagi aktiviti-aktiviti yang akan datang sekaligus memberikan sokongan kepada gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita" ulas Presiden Kelab 1Malaysia Mohammad Khalid Zulkife.Tahniah kepada Kelab 1Malaysia-UMD

Keputusan

1-Kolej Kediaman ke 11
2-Kolej Kediaman Pertama
3-Luar Kampus
4-Kolej Kediaman Kedua
5-Kolej Kediaman Ketiga





Monday 12 December 2011

Kem Jati Diri Mahasiswa buka minda mahasiswa tahun pertama



Universiti Malaya,12 Disember 2011-Kem Jati Diri Mahasiswa yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya pada 9 hingga 11 Disember 2011 di Seri Menanti Resort mendapat respon yang positif dalam kalangan perserta tahun pertama.Program Jati Diri ini dibangunkan bagi meningkatkan pengetahuan dan sikap minda positif peserta dalam membangunkan potensi kepimpinan diri, semangat patriotisme, kenegaraan dan membina jati diri sebagai mahasiswa warganegara Malaysia yang mempunyai wawasan, halatuju dan matlamat hidup yang betul dan jelas, menyokong kemajuan dan kestabilan Negara, serta cintakan agama, bangsa dan negara.Salah seorang peserta yang sempat ditemuramah berpendapat bahawa kem seperti ini adalah sangat baik bagi membina jati diri mahasiswa khususnya tahun pertama dimana antara modul yang digunakan adalah bertepatan dengan hala tuju sebagai seorang mahasiswa.Kursus ini juga amat  baik bagi Team Building  dan berharap agar lebih banyak lagi kursus seperti ini diadakan.Syabas kepada para peserta dan Hal Ehwal Pelajar!-UMD





Wednesday 7 December 2011

Peristiwa 10 Muharram


TARIKH 10 Muharam mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan bersama seperti dicatatkan Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mukasyafatul Qulub. Antara peristiwa dikaitkan dengan tarikh itu ialah dicipta Nabi Adam dan dimasukkan Adam ke dalam syurga.

Peristiwa paling popular dan sering menjadi perbahasan menjelang 10 Muharam ialah terbunuhnya cucu Nabi SAW, Saidina Hussain di Karbala. kedatangan 10 Muharam turut dirai oleh umat Islam dengan melakukan puasa sunat atau lebih dikenali sebagai hari Asyura. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berpuasa pada hari itu kerana ia mempunyai kelebihan. Daripada Aisyah, katanya: “Biasanya orang Quraisy ketika jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga.” (Hadis riwayat Muslim).

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan buatlah perbezaan padanya (daripada) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat Ahmad) Ulama menyebut, hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu’a (9 Muharam) untuk membezakan amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya termasuk peluang melakukan amal ibadat tertentu dengan pahala berlipat ganda berbanding amalan dilakukan pada waktu biasa. Contohnya, Allah memuliakan bulan Muharam dan menggalakkan kita berpuasa sunat.
Peluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui kelebihannya tetapi hakikat itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim mencari keredaan Allah SWT dengan tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu dikurniakan padanya.

Oleh itu, marilah kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Islam  bersama menyahut seruan Rasulullah SAW ini mudah-mudahan ketakwaan kita kepada Allah SWT semakin meningkat.  Jika kita mengingati Allah dan Rasulnya, tidak mustahil Allah dan Rasulnya tidak melupakan kita-UMD

Monday 5 December 2011

Sudah sampai masanya debat ala parlimen menjadi bentuk tunggal pertandingan debat di Malaysia




1 PADA 3 Disember 2011 yang lalu bersamaan Hari Sabtu telah berlangsung Pertandingan Debat Kepolisan Antara IPTA untuk merebut Piala Komandan Kor Suksis Universiti Malaya.

2 Pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu telah disertai oleh tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam, iaitu UM, USM, UKM, UM, USIM, UITM dan UIAM. dengan UM sebagai tuan rumah.

3 Pertandingan akhir debat telah berlangsung di Auditorium, Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya bermula jam 2.00 petang dan Y Bhg. Profesor Datuk Dr Rohana Binti Yusof (Komandan Kor Suksis Universiti Malaya) telah sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati .

4 Sungguhpun persiapan yang dilakukan bagi penganjuran debat tersebut begitu baik sekali, namun malangnya, corak perbahasan yang dijalankan dalam Pertandingan Debat Kepolisan Antara IPTA bagi merebut Piala Komandan Kor Suksis Unversiti Malaysia diadakan ini bukanlah memenuhi kehendak dan krtiteria perdebatan alaparlimen sepenuhnya.

5 Setelah mendapat pengalaman yang begitu berharga daripada daripada penganjuran seumpama ini, mungkin pihak universiti melalui Kor Suksis masing-masing perlu memikirkan dan mengambil inisiatif segera untuk mengumpulkan individu yang pakar dalam bentuk perbahasan ala parlimen bagi mendedahkan semua perkara yang berkaitan dengan corak dan keperluan perbahasan ini.

6 Ini termasuklah dalam aspek penghakiman, yang meliputi persediaan borang penghakiman yang standard dan berkualiti, aspek-aspek yang dadili dan kriteria atau perincian sepatiap aspek ersebut, soal formasi di atas pentas, aspek strategi, teknkal dan taktikal untuk memangai perbahasan ini.

7 Hal ini turut meliputi peranan setiap pihak yang terlibat seperti peranan Tuan Speaker Dewan, peranan pembahas pertama daripada pihak kerajaan dan pembangkang, peranan pembahas kedua, ketiga dan pihak penggulung setiap pasukan.

8 Tegasnya melalui bengkel, kursus atau khemah tersebut, maklumat yang lebih menyeluruh dan terperinci serta panduan yang lebih teknikal, mikro dan berfokus dalam semua aspek yang diperlukan dalam sesuatu perbahasan ala parlimen dapat didedahkan kepada semua yang terlibat dalam perbahasan seperti jurulatih, pengurus, juru pengiring, para juri, speaker dewan dan tentunya yang lebih utama ialah pembahas itu sendiri.

9 Jika semua yang terlibat dalam perbahasan tersebut dipersiapkan sebegitu rapi sebelum pertandingan berlangsung barulah setiap pihak atau individu yang terlibat dengannya akan mendapat impak maksima dan keputusan yang diperolehi nanti adalah keputusan yang menimbulkan rasa puas yang begitu mendalam dan terkesan kepada setiap orang menerimanya.
10 Malahan pasukan yang muncul sebagai pemenang, termasuk yang dinobatkan sebagai pendebat terbaik akan dapat merasakan sendiri bahawa mereka sebenarnya adalah pemenang mutlak sebab mereka telah benar-benar mempelajari, memahami, menguasai menghayati dan melakukan sendiri amalan seorang pembahas ala parlimen.

11 Bukanlah seperti sekarang ini, di mana setiap pihak, termasuk pembahas lebih terdedah kepada perbahasan konvensional atau memiliki pengetahuan yang hanya separa masak tentang perbahasan alaparlimen ini.

12 Perbahasan ala parlimen yang mejadi bentuk pertandingan perbahasan semasa yang sudah agak lama mengambil tempat di sekolah-sekolah yang melibatkan perbahasan dalam kalangan murid melalui Piala Perdana Menteri dan guru-guru melalui pebahasan ala parlimen guru-guru Malaysia sempena hari guru patut diteruskan tanpa gagal dan tanpa pengubahsuaian sedikitpun di peringkat universiti yang melibatkan para mahasiswa.

13 Jika Debat Kepolisan Antara IPTA sekarang menjadi ukuran, maka peserta debat yang rata-rata bekas pelajar yang pernah terdedah dengan kaedah perbahasan ala parlimen sewatu di peringkat sekolah menengah dahulu, sebelum mereka memasuki IPTA tidak berupaya meneruskan atau memahirkan kebolehan mereka itu dalam bentuk perbahasan sebegini.

14 Sebaliknya mereka terpaksa kembali kepada bentuk perbahasan konvensional; yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan atau sudah tidak sesuai lagi digunakan. Mereka yang baru mula terdedah dengan perbahasan ala parlimen tiba-tiba terbantut dengan cara terpaksa berbahas mengikut stail yang lain pula.

15 Jika diteliti secara lebih mendalam, ternyata debat ala parlimen jauh lebih berupaya membentuk pendebat yang berdisiplin, mematuhi peraturan dan etika semasa membahaskan usul, melahirkan pembahas yang lebih bersopan dan lebih menguasai kemahiran-kemahiran berbahas yang sebenar.

16 Malahan saya percaya perbahasan ala parlimen ditampilkan sebagai jawapan atau penyelesaian atas kekecewaan terhadap mutu perbahasan dan etika pembahas itu sendri, termasuk ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri sekarang yang kadang-kadang tidak beretika, memalukan lawan, bertengkar, menjerit, tidak menghormati Tuan Speaker Dewan dan lawan masing-masing.

17 Kadang-kadang pembahas (wakil rakyat) di parlimen terutama pembahas daripada pembangkang dan kadang-kadang berjangkit kepada pembahas kerajaan seperti yang kita dapat saksikan melalui kaca telvisyen gagal mengawal emosi mereka lalu kata-kata yang mengandungi maki hamun, mencarut dan memalukan serta tidak bersopan ketika berbahas turut terkeluar daripada mulut mereka.

18 Ini semua disedari oleh pihak kerajaan, termasuk oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia terutama oleh Insttut Aminuddin Baki (IAB) bahawa kita tidak mahu senario yang kurang sihat ini berterusan apatah lagi hal ini berlaku di parlimen sebagai tempat dan simbol yang paling mulia di mana semua keputusan yang bakal menentukan maju mundur, selamat dan jatuh bangunnya negara dibuat di sini.

19 Setiap pihak yang bertanggungjawab tidak akan rela membiarkan trend yang tidak sihat ini daripada terus berlaku di parlimen atau di dewan undangan negeri (DUN) kita di mana setiap rakyat yang memilih mereka sebagai wakil mereka gagal mendapat gambaran sebenar sebagaimana yang mereka harapkan daripada wakil mereka.

20 Sebaliknya wakil rakyat yang berperangai tidak senonoh ini dan kadang-kadang kerap keluar dari dewan sebagai tanda protes telah memberikan gambaran buruk kepada wajah sebenar parlimen sebagai simbol demokrasi yang menjadi amalan sekian lama di negara ini.

21 Itulah sebabnya digubal satu bentuk perbahasan seperti Perbahasan atau Debat Ala Parlimen ini yang sepatutnya didedahkan kepada pelajar seawal mungkin seperti di peringkat prasekolah lagi agar apabila mereka menjadi pembahas atau pendebat suatu hari kelak seperti menjadi perwakilan yang akan membahaskan sesuatu usul dalam perhimpunan agung parti, dan wakil rakyat yang membahaskan suatu usul di parlimen.

22 Mereka diharapkan akan menjadi pembahas yang bukan sahaja mampu menyerlahkan kemampuan sebenar seorang pembahas yang berkualiti bukan sahaja dalam menghuraikan fakta, tetapi juga mampu menjadi pembahas yang sentiasa berhemah dan berhikmah sewaktu berbahas.

23 Maka kita tiada pilihan lain kecuali memilih hanya perbahasan ala parlimen yang perlu diguna pakai, dilaksanakan, dimantapkan dan diperluaskan ke segenap peringkat pertandinggan perbahasan dalam mana-mana institusi sama ada kerajaan mahu swasta atau badan persendirian agar matlamat murni daripada perbahasan ini akan tecapai sepenuhnya tanpa gagal.

24 Dalam erti kata lain perbahasan ala parlimen yang tidak pernah menutup pintunya daripada penambahbaikan merupakan satu lagi bentuk transformasi yang tidak dapat tidak perlu dilakukan demi melahirkan warganegara dan pemimpin Malaysia yang berkaliber, yang menjadi model orator atau pembahas yang terpuji

Sumber : Facebook Abd Bashid Harun-Juri Pertandingan Debat Kepolisan IPTA



UMD mengucapkan sekalung tahniah kepada Kor Suksis Universiti Malaya kerana berjaya menganjurkan pertandingan debat ini.

Friday 2 December 2011

Kedai BATA terbakar


Kuala Lumpur,2 Disember 2011-Sebuah kedai menjual kasut BATA di Jalan Telawi,Bangsar dikesan mengalami kebakaran sekitar jam 12.40 tgh malam hari ini.Kebakaran premis tersebut yang bersebelahan dengan bank Standard Charted menyebabkan orang ramai berkumpul dan asap tebal menyelubungi sekitar jalan terbabit.Pihak Bomba dan penyelamat tiba kira-kira sepuluh minit selepas dihubungi orang ramai.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan-UMD







Thursday 1 December 2011

Jerman larang pelajar solat ketika waktu persekolahan


BERLIN 1 Dis. – Mahkamah tertinggi Jerman, Mahkamah Pentadbiran Persekutuan semalam memutuskan golongan pelajar tidak mempunyai hak untuk bersembahyang ketika waktu persekolahan, jika ia akan mencetuskan konflik.
Mahkamah itu mengekalkan keputusan sebuah mahkamah rendah sebelum ini yang menafikan hak seorang pelajar Islam yang menuntut bilik peribadi untuk bersolat di sebuah sekolah tinggi Berlin.
Mahkamah Pentadbiran Persekutuan di Leipzig itu bagaimanapun berkata, keputusan itu secara umumnya tidak menghalang pelajar untuk bersembahyang ketika waktu rehat dan menyatakan pembinaan bilik berasingan itu adalah diluar kuasa pihak sekolah

Sumber : Utusan Online


Kelainan dalam pembelajaran zaman kini

PERPUSTAKAAN Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor milik Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mencipta keunikan tersendiri dengan menawarkan kemudahan bertaraf dunia kepada masyarakat. Antara paling menarik perhatian ialah teater enam dimensi (6D) menjadikan satu-satunya perpustakaan di dunia yang memiliki kemudahan itu. Perpustakaan itu turut menyediakan kemudahan tempat pembacaan kanak-kanak, ruangan teknologi maklumat dan multimedia. Perpustakaan ini memiliki mini gimnasium bagi memberi peluang pengunjung membaca sambil beriadah selain dikelilingi pemandangan menghijau yang mendamaikan jiwa. Tidak ketinggalan, peralatan teknologi canggih seperti komputer, auditorium dan peralatan serba mewah demi keselesaan pengunjung. Perpustakaan ini menyediakan pelbagai bahan bacaan merangkumi kesihatan, sukan dan kejuruteraan. Kemudahan menjadi ahli adalah percuma. Kepada mahasiswa yang ingin mencari kelainan untuk belajar, tempat ini adalah yang paling sesuai. Konsep santai yang diperkenalkan sangat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh mahasiswa dalam menimba ilmu. Jom kita ke sana untuk mencari kelainan dalam menimba ilmu-UMD