Calon hilang bakal berkahwin
Masturah Abu Bakar(gambar kiri),calon pilihanraya kampus Universiti Malaya 2010 yang hilang semasa berkempen diberitakan bakal mendirikan rumahtangga bersama Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) 2011/2012 ,Muhammad Safwan Bin Anang @Talib pada 13 November ini bertempat di Lot 1866 Lorong 8,Kg Merbau Sempak,4700 Sungai Buloh Selangor.UMD difahamkan upacara akad nikah akan dilangsungkan pada 11 Novembe
r 2011 di rumah penggantinperempuan.Mardhiah Abu Bakar yang merupakan adik kepada Masturah juga akan melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama.Safwan dalam laman sosial Facebook memanjatkan rasa kesyukuran dan menjemput mahasiswa/i Universiti Malaya bagi menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis mereka dalam kenyataannya di laman sosial berkenaan
“Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan ini saya Muhammad Safwan Bin Anang @ Talib akan melangsungkan Majlis Perkahwin
an pada 13 November 2011, bersamaan 17 Zulhijjah 1432H (Ahad) bersama pasangan, Masturah Abu Bakar bertempat di kediaman Lot 1866 Lorong 8, Kg Merbau Sempak, 47000 Sg Buloh Selangor.
Sukacitanya saya menjemput semua kenalan sekolah,
warga Universiti Malaya, kenalan facebook, twitter dan blogger untuk sama-sama hadir ke walimatul urus kami pada tarikh tersebut.
Moga kehadiran dan doa kalian memeriahkan lagi majlis ini. Terima Kasih.”

Pihak UMD mengucapkan sekalung tahniah dan mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke anak cucu-UMD