Tuesday 29 November 2011

Berhijrahlah sebelum terlambat-Ridhuan Tee




(Sinar Harian 28.11.11)
Artikel ini saya ubah suai sedikit daripada artikel blog ini minggu lalu kerana masih belum disiarkan oleh Sinar Harian. Harap pembaca maklum jika ada pengulangan fakta. Artikel mengenai haji dalam Sinar Harian isnin lalu dikatakan tidak ada ummpph. 

Tahun Baru Islam silih berganti. Tema demi tema dipilih untuk menyedarkan umat Islam supaya menjadi lebih baik. Namun, realiti berlaku disebaliknya. Keadaan umat Islam masih sama, malah semakin membimbangkan. Apa yang jelas ultra kiasu semakin kuat dan semakin hari semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudkan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Maktab Sains MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan. Sila baca artikel terbaharu ultra kiasu yang mendakwa dirinya seorang profesor. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem pendidikan yang kendalikan.

Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun kerana soalan telah dibocorkan. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Beliau tidak sedar berapa ramai pelajar-pelajar Melayu yang turut mengambil STPM? Kenapa beliau hanya merujuk kepada pelajar bukan Melayu sahaja yang mengambil STPM? Inilah agenda yang amat licik dan desperado.

Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoriti pensyarah dan pelajarnya adalah orang Melayu (Islam) dan bumiputera. Persoalannya, siapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)? Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu?

Kenapa ultra kiasu ini tidak menyebut langsung kewujudan Sekolah Persendirian Cina, Kolej Tunku Abdul Rahman, universiti merdeka seperti Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Universitui AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus? Kajilah juga berapa ramai pelajar yang dihantar ke universiti Taiwan dan China? Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti dalam dan luar negeri untuk subjek-subjek kritikal (perubatan) dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, tetapi tidak mereka? Mungkin ada yang mendakwa bukan Melayu menggunakan wang sendiri berbanding Melayu Islam. Apakah benar? Kajilah juga bantuan kerajaan. Ribuan hektar tanah telah dikorbankan untuk pembangunan universiti perkauman seperti UTAR, AIMST dan IPTS yang lain? Apakah bukan Melayu yang kaya raya hari ini semata-mata hasil usaha sendiri tanpa melihat bagaimana sistem yang sedia ada menjadi mereka kaya raya?

Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan yang terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan.

Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis?

Persoalan Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas, Maybank, CIMB Bank, Ambank dan lain-lain syarikat kepunyaan Melayu? Berbanding dengan bank-bank dan syarikat bukan Melayu. Berapa ramai orang Melayu dilantik sebagai ‘pak pacak’ (pengerusi/pengarah) untuk mendapat tender dan kontrak kerajaan? Sedangkan Melayu tersebut langsung tidak diberikan peranan? Hanya mendapat gaji dan elaun buta. Saya teramat sedih melihat ‘orang-orang besar dan berpengaruh serta bergelar’ ini diperalatkan. Agenda Melayu dan Islam endah ke mana. Mereka leka dengan wang ringgit yang diumpankan.

Ayuh wahai umatku! Sedarlah, bahawa kita sudah diperalatkan sekian lama. Di luar masih ramai yang merintih kerana merempat di bumi sendiri. Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan.

Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka.

Berapa ramai pekerja-pekerja Melayu yang diperalatkan tidak dibenarkan solat ketika waktu kerja dan juga solat jumaat. Saya amat hairan kenapa parti-parti politik seperti UMNO, PAS dan PKR tidak sensitif dengan perkara ini. Adakah wajar kita menuduh semua ini salah UMNO, seolah-olah kita tidak bersalah. Pernahkah kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mengambil berat perkara ini? Adakah syarikat bukan Melayu diberikan surat peringatan oleh kerajaan negeri supaya menghormati pekerja-pekerja Islam untuk menunaikan tanggungjawabnya?

Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan musuh Islam untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah penganut agamanya, tidak kira sama ada yang lahir Islam atau yang baru memeluk Islam.

Bersempena sambutan Tahun Baharu Islam 1433, bertemakan “persefahaman asas perpaduan ummah”, marilah kita bersefahaman dan bersatu atas nama Islam, menghadapi semua angkara durjana perancangan ultra kiasu bertujuan menghancurkan Islam ini. Berhijrahlah sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur. Menangis air mata darah sekalipun tidak akan berjaya mengembalikan nasi setelah menjadi bubur nanti. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.


Prof. Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Kumpulan Pemikiran Politik dan Peradaban Islam
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



Sumber : Blog Ridhuan Tee Abdullah

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia?



KUALA LUMPUR – Jika Kedai Rakyat 1Malaysia popular dengan jualan pelbagai barangan keperluan harian pada harga murah dan berkualiti, kini satu lagi cabang perniagaan yang menjurus kepada jualan pelbagai barangan basah bakal memenuhi keperluan rakyat khususnya di kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Kemunculan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia buat pertama kalinya di Centrum, Setiawangsa di sini bakal menawarkan produk runcit termasuk barangan basah yang segar. Kira-kira 80 peratus daripadanya terdiri daripada pelbagai jenis ikan.
Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu akan dibuka kepada orang ramai bermula Jumaat ini.
Sumber : Kosmo Online

MPPUM dibahagikan,pelajar keliru

Persoalan mengenai pembahagian MPMUM dan MPMUM Pro M semakin mendapat perhatian apabila wujudnya satu page di facebook iaitu BANTAH mpmum diBAHAGIkan.Page ini bertujuan untuk membantah pembahagian MPMUM yang sepatutnya bertindak atas satu nama iaitu MPMUM dan bukannya terdapat pembahagian yang boleh mengelirukan pelajar.Jika diimbas kembali sejarah,akaun MPMUM Pro M dibuat kerana ketidakpuashatian mereka akibat tidak mendapat jawatan Majlis Tertinggi semasa pembentukan MPMUM 2009/2010.Mereka juga membuat pembentukan kabinet sendiri dibawah tiang di hadapan Dewan Tunku Canselor semasa berlangsungnya watikah sebenar di dalam Dewan Tunku Canselor.MPMUM Pro M ini mempunyai diketuai oleh saudara Fadzil Jamal daripada Akademi Pengajian Islam.Persoalannya,adakah mereka masih mahu meneruskan pembahagian ini kepada dua walaupun sesi 2009/2010 telah habis?Sesi kali ini yang diketuai oleh saudara Syahid Zaini berjaya mendapat kerusi yang gagal didapatkan oleh pimpinan terdahulu dan apakah inisiatif Syahid Zaini bagi membatalkan akaun tersebut kerana dipercayai pemilik akaun tersebut adalah kenalan Syahid Zaini sendiri?

Batalkan akaun tersebut,satukan MPMUM

Majlis Perwakilan Mahasiswa sepatutnya bertindak sebagai satu badan pelajar bagi memastikan kebajikan mahasiswa terbela.Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.Adakah masih wujud pembahagian ini secara tersembunyi?Saya tidak pernah pula melihat YB-YB Penggerak Mahasiswa pada sesi 2010/2011 membuat protes dengan menubuhkan Majlis Perwakilan Penggerak Mahasiswa Univeristi Malaya walaupun tidak dilantik menjadi Majlis Tertinggi.

Kurangkan bincang isu nasional,lebihkan isu pelajar

YDP MPMUM 2010/2011 dilihat lebih gemar memfokuskan isu-isu nasional seperti AUKU berbanding isu kampus seperti WiFi dan isu bas.Majlis Perwakilan Mahasiswa dilantik sebagai wakil para pelajar dalam memperjuangkan isu-isu mahasiswa di dalam kampus.Contohnya isu Wifi yang bermasalah.Dimanakah kenyataan-kenyataan daripada pihak MPMUM mengenai masalah ini?Adakah akaun MPMUM 2010/2011 itu duwujudkan sekadar hiasan.Jika pihak PTM mempunyai masalah,sepatutnya pihak MPMUM bertindak sebagai pihak yang menjelaskan perkara tersebut kepada mahasiswa disamping berusaha memperjuangkan isu tersebut.Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya,di dalam 'group exco penginapan dan kolej kediaman MPMUM 2010/2011 " apabila pelajar mula merungut barulah wakil daripada MPMUM menjawab.Sepatutnya penerangan ini dibuat di dalam laman sosial bagi memudahkan pelajar mendpat maklumat dengan lebih cepat.



Diharap perkara ini diambil perhatian serius oleh saudara Syahid sebagai YDP.Janganlah mengambil mudah perkara-perkara yang melibatkan pelajar.Jangan terlalu asyik dengan permainan politik luar sehingga nasib pelajar sendiri tidak terbela.Satukan MPMUM!-Nurul UMD


MPMUM PRO M (Kabinet bawah pokok) sesi 2009/2010


MPMUM 2009/2010

Saturday 26 November 2011

Mahasiswa dan Hijrah : Sebuah Perjuangan Islami


Oleh : Fathi Kamal Md Isa

Bismillahirrahmaanirrahim. Dengan Nama Allah, Tuhan Pentadbir Sekalian Alam, Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Serta Ahli Keluarga Baginda, & Penerus Legasi Dakwah Islamiyah Sama Ada Yang Masih Hidup Ataupun Yang Telah Kembali Kepada-Mu.

MAHASISWA DAN HIJRAH : SEBUAH PERJUANGAN ISLAMI

Rencah kehidupan kampus masakini sememangnya jelas menekan mahasiswa. Tekanan yang dimaksudkan bukanlah sekadar kepada diri, malahan juga tekanan kepada iman sebagai seorang mahasiswa islam! Mana tidaknya, saban hari kita dihidangkan dengan ‘rojak’ sebuah kehidupan yang bersandarkan hiburan & keseronokan semata, sehinggakan dalam kita tidak sedari, iman kita sedang meronta-ronta memohon agar tuan empunya jasad kembali segera ke jalan azali, jalan yang lurus, jalan ALLAH, Tuhan sekalian alam.


Hinggap gagak di tebing telaga,
Terbang pulang di awal pagi,
Iman di dada tiada dijaga,
Takwa PASTI beransur pergi..


HIJRAH. Setiap kali menjelang akhir zulhijjah, kita sering dibisikkan tentang perlunya perubahan dalam diri dilaksanakan sejajar dengan maksud hijrah yang sebenarnya; iaitu “beralih daripada suatu kondisi yang kurang baik kepada arah hidup dan persekitaran yang lebih baik”. Apakah itu persekitaran yang baik? Ya, tidak ada jawapan yang lebih tepat selain daripada Persekitaran Islam. Jika hari sebelum-sebelum ini kita berada dalam persekitaran ‘jahiliyah moden’, marilah kiranya jika kita mula mengorak langkah untuk menjauhinya. Hijrah bukan semestinya perlu dilakukan secara total; yakni terus berubah secara drastik, tetapi cukup sekadar perubahan secara perlahan-lahan dan berkala (lebih baik daripada langsung tidak mahu berubah). Jika hari ini kita sering melakukan maksiat kepada Allah, mari mahasiswa, mari kita mula menjauhi perkara bathil ini secara beransur-ansur. Sahabatku pernah menyebut, “kebaikan dan kebathilan bagaikan minyak dan air, tidak mungkin keduanya dapat bercampur”. Begitulah diibaratkan perkara dosa dan pahala, setiap amalan buruk akan membawa seseorang ke neraka, melainkan dengan mendapat keampunan Allah sahaja dapat melepaskan sesorang itu daripada azab neraka yang maha pedih.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”

Hadith di atas jelas menekankan kebergantungan antara setiap muslim dengan muslim yang lainnya. Dalam erti kata yang mudah, kita sebagai penganut Islam saling bergantungan. Tidak ada erti kejayaan hanya bagi individu tertentu sebaliknya kejayaan tersebut adalah milik bersama, kerana kita adalah bersaudara. Bahkan, kegagalan sesorang muslim juga adalah kegagalan yang dikongsi bersama. Dalam konteks mahasiswa islam, tiada perumpaan “jaga tepi kain orang”, kerana kita sebagai kelompok muslimin muslimat adalah bagaikan usrah (keluarga). Jika dicubit peha kanan, peha kiri juga merasa sakitnya. Bahkan hadith Nabi pernah menyebut bahawa kaum muslim bagaikan sebujur anggota badan, sakit satu daripadanya, seluruhnya merasa sakitnya. Begitulah juga kita sebagai mahasiswa islam, adalah sangat tidak wajar kita mewujudkan kelompok-kelompok tertentu, misalnya “kelompok yang memperjuang islam” dan “kelompok yang tidak memperjuang islam”, pelabelan sebegini adalah SALAH, serta menyimpang dari maksud hadith di atas. Sebaliknya, sebagai mahasiswa islam, kita perlu sepakat dalam mengangkat islam sebagai satu cara hidup yang sempurna. Sekiranya kita dapati rakan seislam kita menyimpang dari jalan yang lurus, wajib kita membawanya kembali ke jalan yang betul, BUKANNYA mengasingkan mereka dengan melabelkan kumpulan mereka sebagainya kumpulan fasiq, kufur, tidak islamik dan seumpamanya. Hal ini akan membuatkan mereka lebih jauh terpinggir dari ajaran islam. Dan yang lebih penting lagi, perjuangan atas nama islam wajib dilaksanakan dengan cara yang betul, bukannya berjuang sekadar untuk mengangkat individu tertentu atas nama politik. Kerana kita harus sedar, pejuang islam yang sebenar-benarnya TIDAK PERNAH meminta dirinya diangkat menjadi pemimpin, cukup sekadar mempunyai platform bagi meyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

Kesimpulannya,Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah amnya dan mahasiswa islam khususnya. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu, hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna. Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab R.A yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.

Salam Hijrah Mahasiswa, 1433 H.

UM JUARA DALAM FESTIVAL TEATER MAKUM 2011



 UM IS ONE!! 
Oleh : Syahid Safwan

Pada 13-19 Nov 2011 yang lepas,Festival Teater MAKUM 2011 telah diadakan bertempat di Panggung Eksperimen Universiti Malaya.Festival ini adalah dibawah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar,Universiti Malaya dengan kerjasama daripada Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia & Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Program ini melibatkan 10 IPTA iaitu:
1.     Universiti Malaya (UM)
2.     Universiti Sains Malaysia (USM)
3.      Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
4.     Universiti Pahang Malaysia(UMP)
5.     Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIZA)
6.     Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
7.     Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
8.     Universiti Putra Malaysia(UPM)
9.     UNiversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Setelah penat lelah memerah idea dan keringat,UM akhirnya dengan teater yang bertajuk OPERA PRIMADONA dibawah arahan SYAHMI NAIM muncul sebagai JUARA dalam festival ini.Sebanyak ENAM(6) anugerah yang berjaya dibolot oleh  pasukan teater UM iaitu;-

1.     PENGARAH&ADAPTASI TERBAIK : SYAHMI NAIM
2.     PELAKON LELAKI TERBAIK : NIZAM YAMIN
3.     PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK : NORHAN FAHMIE
4.     PELAKON HARAPAN TERBAIK: AQEELA
5.     SET&PROPS TERBAIK
6.     KESAN TEKNIKAL TERBAIK.



Sedikit info tentang teater “OPERA PRIMADONA”:-
Karya : N. Riantiarno
Olahan : Ahmad Yatim
Terjemahan : Lenny Erwan
Adaptasi & Arahan : Syahmi Naim

Sinopsis:-
Tertumpu tentang kisah kehidupan Sri Panggung di pentas opera iaitu Miss Kecubung. Beliau mula melibatkan diri dengan kumpulan persembahan opera sejak berusia 15 tahun. Miss Kecubung mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai dasar seni.
Kemunculan Siti Kejora di dalam kumpulannya (Opera Miss Kecubung) tidak disenangi oleh Miss Kecubung. Ketika pertama kali beraksi Siti Kejora mempunyai daya tarikan diatas pentas lakon dan seterusnya diberi peluang memegang peranan utama, ini menyebabkan timbulnya perasaan iri hati dalam diri Miss Kecubung.

Sekalung tahniah daripada pihak UMD ucapkan kepada  semua yang terlibat dalam persembahan teater ini.Semoga pencapaian terbaik ini akan diteruskan dalam festival teater yang akan datang.

Friday 25 November 2011

Apabila AUKU Didahulukan,Pencapaian Ditinggalkan


Oleh : Malik Syam Abdul Latiff

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Parlimen bahawa Sekyen 15 AUKU akan disemak semula bagi membolehkan pelajar universiti yang berumur 21 tahun keatas menjadi ahli parti politik. Tindakan ini disambut baik oleh pelbagai pihak kerana ia adalah satu “breakthrough” dalam sistem politik Malaysia atau boleh saya katakan ia semakin terbuka. Maka, telah bersoraklah segala masyarakat dalam FB dan Twitter namun rata-rata dalam konteks yang salah. Antara komen yang saya dengar ialah, kita boleh pacak bendera parti dalam kampus, kita adakan Minggu Promo Parti Politik, dah boleh buat ceramah politik dan sebagainya tanpa menyedari bahawa PM juga menyatakan bahawa Politik tidak boleh dibawa ke kampus.

            Saya secara peribadi amat gembira kerana lepas ini saya sudah boleh mendaftar sebagai ahli dalam parti politik pilihan saya dan boleh menabur tenaga dan akal fikiran untuk parti yang sokong dalam konteks di luar kampus namun adakah semua pelajar akan melakukan perkara yang sama ? Sejak hampir 3 tahun menuntut di UM, saya memerhatikan terdapat segelintir pelajar yang membawa agenda, idelogi atau cara parti politik pilihan ke kampus yang dapat dilihat semasa Pilihan Raya Kampus dan telah dibuktikan apabila kemenangan kumpulan tertentu dalam PRK dianggap sebagai kemenangan Parti tertentu. Maka, saya kurang pasti bahawa pelajar-pelajar terbabit akan gembira atau berterima kasih dengan semakan yang dicadangkan.

            Lebih menarik, terdapat pihak yang bukan sahaja ingin kekangan terhadap politik dihapuskan tetapi inginkan perkataan “Naib Canselor” dan “Menteri” digugurkan dari AUKU. Mereka melihat kuasa yang diturunkan kepada penama diatas menghalang pelajar dari pelbagai aspek termasuk dari segi pemikiran. Universiti adalah bebas namun kebebesan melampau boleh mendatangkan bahaya kepada pihak lain. Pendek kata saya mengambil contoh kebebesan bersuara dan punca peristiwa 13 MEI 1969 adalah kerana kebebesan suara yang telah telah menyentuh sensiviti kaum sehingga pisau dibuktikkan lebih tajam dari mulut pada masa itu. Adakah kita inginkan peristiwa sedemikian berulang ?

Politik merupakan permainan semula jadi manusia semenjak kewujudan manusia sehinggalah ke hari ini tetapi malangnya segelintir pelajar telah meletakkan hal ini sebagai keutamaan atas nama perjuangan. Makan, minum, tidur hingga cara pemakaian pun boleh dipolitikkan.

            Saya amat kecewa melihat apabila rata-rata pelajar gagal melihat tanggungjawab mereka dalam konteks pembangunan negara dari segi produktivi. Malaysia kini menghadapi saingan hebat dari pelbagai pelusuk dan kita amat terdesak untuk mendapatkan pakar-pakar bagi pelbagai bidang. Isu yang sering dibawa adalah kebebasan bersuara, hak asasi manusia, AUKU, ISA, Seksualiti Merdeka dan banyak lagi namun hanya dalam konteks retorik sahaja. Bolehkah saya membawa retorik-retorik tersebut untuk digunakan membeli beras, membeli ubatan atau membeli buku ? Adakah seorang petani miskin akan inginkan ISA dimansuhkan atau inginkan kehidupan yang selesa untuk keluarganya ? Adakah ibu bapa mahukan AUKU dimansuhkan atau inginkan anak mereka berjaya dalam pelajaran ?

            Gunakan peluang yang telah dibuka apabila semakan terhadap Seksyen 15 dibuat untuk menaburkan idea dalam saluran masing-masing. Gunakan universiti untuk mencetus perbincangan Ilmiah yang berkualiti untuk mencari idea atau jalan bagi memperbaiki kehidupan masyarakat. Kita sudah terlalu selesa mengutuk atau mengata namun jarang kita memberikan idea bernas untuk memperbaiki keadaan. Pernahkah kita jika tersangkut dalam kesesakkan lalu-lintas memikirkan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya atau sekadar melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain ?

            Jangan tanya apa yang negara boleh lakukan untuk anda tetapi tanya apa yang anda boleh lakukan untuk negara anda ? Dan perlakuan itu bukanlah dengan mengankat sepanduk mahupun berhimpun kerana perkara-perkara ini tidak boleh memberi sesuap nasi kepada mereka yang memerlukan.
            

"Meh baca surat pelepasan kuliah yang akan datang"

UMD menjumpai satu artikel yang dipostkan oleh seorang blogger yang menggelarkan dirinya sebagai Bro Jai.Kami akan kongsikan disini

11 Februari 2012

Prof Sayang Seribu Kali Sayang
Pensyarah
Jabatan Sakit Puan
Fakulti Pembedahan
Universiti of Merusuh

Tuan

PERMOHONAN PENGECUALIAN KELAS UNTUK SERTAI DEMONSTRASI


Saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Parti Amat Susah ingin mengadakan satu demostrasi (nk cakap rusuhan pun boleh) bagi menuntut pilihanraya yang paling adil dan bersih

3.      Sehubungan dengan itu,kami ingin meminta pihak Tuan memberi pengecualian kepada 2 orang ahli (eh salah,kuli) bagi menyertai kami mengangkat banner,bunting,backdrop dan sekangkatan dengannya.Penglibatan mereka ini amat penting kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat.Jadi kami akan menggunakan mereka untuk kepentingan parti kami.Berikut adalah senarai pelajar terbabit :

       i) Mohd Syahsaf Bin Rempit
       ii) Ermastura Bt Abu

4.      Berikut adalah butir aktiviti :

        i) Tempat-Dataran Demo,Afrika Jaya
       ii) Masa- 2 Petang (Kelas pagi tak boleh pegi)
       iii) Penganjur-Parti Amat Susah (Kami lerrr)

5.      Diharap pihak tuan dapat memberikan pelepasan kepada pelajar-pelajar ini (wajib).Sesungguhnya perjuangan parti politik itu lebih utama daripada kelas yang mengantuk (ini mereka sendiri yang membuat aduan).

Segala kerjasama daripada  pihak tuan amat kami hargai.

Sekian.

Yang selalu benar,orang lain semua salah

Amat_121

Amat Sabun bin Basuh
Setiausaha
Parti Amat Susah



"Demo didahulukan,kelas ditinggalkan"

Sumber : umbloggerboy

Kenyataan tegas YDP Persatuan Sejarah Universiti Malaya mengenai program realiti Sejarawan Muda



Oleh : Mohd Firdaus bin Abdullah
Yang Dipertua Persatuan Sejarah Universiti Malaya


**UMD memohon maaf atas ralat lokasi ujibakat dan pensyarah  ekologi.Lokasi ujibakat-UPM.Pensyarah ekologi-UPM**


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya Mohd Firdaus Bin Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Sejarah Universiti Malaya Sesi 2011/2012.  Disini saya merasa perlunya saya memberi sedikit ulasan mengenai program realiti terbaru di Malaysia iaitu Sejarawan Muda.  Untuk pengetahuan semua, saya mendapat maklumat mengenai projek ini melalui ketua jabatan sejarah yang menyenarai pendek nama saya dan rakan-rakan saya yang lain bagi mewakili Universiti Malaya untuk ke program ini.  Ujibakat ini akan dijalankan pada 22 Jun 2011 di fakulti Ekologi Upm.  Pada hari yang dijanjikan, kami seramai 17 org telah pergi ke UPM bagi menjalani ujibakat yang diadakan.  Pada pukul 9 pagi, kami dikumpulkan di Dewan Al-Farabi dan dikehendaki menjawab soalan objektif bagi menentukan 20 peserta terbaik bagi ke peringkat seterusnya.  Saya akui memang akan ralat disini kerana pendekatan yang digunakan adalah tidak bersesuaian dengan objektif hendak mencari sejarawan muda Malaysia.  Ini kerana untuk mencari sejarawan muda, pendekatan secara temuduga adalah lebih baik dan sesuai bagi menghakimi ketajaman, keintelektualan dan arifnya seseorang peserta mengenai sejarah Malaysia.  Kaedah menjawab soalan objektif sememangnya boleh mendatangkan masalah yang besar nanti.  Ini kerana berdasarkan keputusan soalan objektif ianya tidak melambangkan sepenuhnya nilai seseorg peserta tersebut.  Mahukah sejarawan muda yang dianggkat nanti tidak lansung mempunyai pengetahuan displin sejarah.  Ianya akan memberi kesan kepada bidang ilmu sejarah di Malaysia kerana sejarawan yang akan dilahirkan nanti akan menjadi ikon kepada masyarakat di Malaysia.


Berkaitan dengan soalan yang disajikan kepada kami, sekali lagi kami terkejut kerana soalan diberi bukanya soalan sejarah tetapi seolan yang berkaitan dengan kenegaraan.  Relevankah objektif rancangan ini hendak mencari sejarawan muda tetapi soalan yang dikemukakann adalah jauh menyimpang dan lansung tidak masuk akal.  Kami ada ditanyakan soalan mengenai sekolah wawasan, bioteknologi, belanjawan negara 2011 dan lain-lain lagi.  Lebih baik menukar nama rancangan ini kepada negarawan muda bukannya sejarawan muda.  Diakui sememangnya ada juga soalan sejarah yang ditanya tapi soalan yang dikemukan adalah sedikit jumlahnya dan lansung tidak berkualiti.  Ada beberapa soalan yg dikemukan mempunyai jawapan yang semua betul.  Oleh itu, mcm mana kami nak membuat keputusan untuk memilih jawapan yang betul kalau keadaan ini berlaku? Subjek Sejarah sebenar subjektif bukan nya objektif seperti bidang sains.  Selepas selesai  kami diminta untuk ditemuramah oleh mereka dan sekiranya tak silap rakaman ini adalah dari RTM.  Dalam temuramah ini saya ada membidas pihak yang terlibat dengan mengatakan “Matlamat kami datang ke sini untuk menjawab soalan sejarah bukannya kenegaraan”.  Dan saya ada bertanyakan kepada seorang petugas yang mulanya mengakui beliau mengubal soalan tersebut tetapi menarik balik dakwaan yang beliau menggubal soalan tersebut.  Saya kemukan soalan yang sama tetapi beliau tidak menjawab soalan yang dikemukan oleh saya.
Ketika kami ditemuramah, diatas meja ada diletakkan soalan kepada pelajar sebuah IPTA yang lain.  Yang anehnya soalan yang dijawab oleh kami adalah berbeza dengan soalan tersebut.  Ini seoalah-olah menampakkan lagi kepincangan yang sudah ada kerana peserta yang akan terpilih kepada peringkat seterusnya adalah berdasarkan kepada jumlah markah yang tertinggi.   Padahal bagaimanakah untuk menilai ekoran soalan yang sangat berbeza.  Seolah-olah pemilihan ini tidak telus kerana kami melalui ranjau dan halangan yang berbeza tetapi pemilihan adalah dikatakan berdasarkan markah tertinggi.  Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku???


Kami terpaksa menunggu lebih kurang 2 jam untuk mengetahui keputusan peserta yang layak ke peringkat seterusnya iaitu seramai 20 orang.  Berdasarkan peserta yang datang ke ujibakat ini adalah datang dari UM, UKM, UPM, Lim Kok Wing dan orang pensendirian.    Setelah menunggu akhirnya keputusan telah diumumkan.  Hanya 5 orang sahaja peserta dari UM yang layak.  Namun sedikit ralat kerana wakil ipta lain melebihi angka sepuluh.  Dapat dilihat percaturan telah berlaku kerana setiap peserta yang datang dari institusi yang masing-masing mempunyai wakil yang layak ke peringkat seterusnya.  Ada dalam kalangan kami yang sempat melihat markah secara sembunyi ketika peserta yang layak diumumkan.  Namun alangkah terkejutnya, kerana markah kami kesemuanya lebih kurang sama markahnya.  Sememangnya terdapat percaturan yang berlaku dan telah dirancang dengan rapi supaya tidak dapat dihidu oleh orang lain.Peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya telah diasingkan dan dilettakan dalam bilik khas untuk ditemuduga kepada peringkat seterusnya.  Kami yang gagal mendapat tempat telah berkumpul diluar dan telah didatangi oleh seseorang yang mengaku beliau merupakan penyemak soalan bagi memilih peserta yang layak ke peringkat seterusnya.  Namun beliau sangat angkuh berkata-kata dan mengganggap kami seperti dedauanan hijau yang tidak tahu apa-apa.  Banyak soalan yang dikemukan kami namun disebabkan beliau berkelulusan dalam bidang sains politik, beliau acapkali mengalih soalan dan cuba membawa perbincangan kepada isu lain.  Disini kami merasakan terdapat kepincangan kerana soalan yang digubal bukan datangnya dari pakar sejarah tetapi datang daripada individu yang lansung tidak memahami apa itu sejarah.  Kami juga diperlekehkan dengan sedemikian rupa dengan dakwaan bahawa suara kami tak akan didengari ekoran kami dilabel sebagai deduanan hijau yang tidak mengerti apa-apa.  Saya ada cuba untuk melihat markah setiap peserta namun beliau cuba mengalih soalan tersebut kepada isu lain. Saya juga cuba meminta soalan yang diberikan kepada kami bagi dirujuk kepada pensayarah kami, namun idea ini telah dihalang oleh mereka.  ini seoalah-olah mereka mempunyai agenda tertentu yang tersembunyi.   Beliau berkata kenapa perlunya bimbang kepada peserta yang terpilih ke peringkat awal kerana ini baru peringkat awal bukan lagi gelanggan yang sebenar.Namun bagi kami, dari peringkat awallah yang sangat penting bagi memilih peserta yang betul-betul layak bagi memegang tanggungjawab sebagai sejarawan muda Malaysia.


Dalam saringan seterusnya, 20 orang peserta yang terpilih telah diletakkan dalam sebuah bilik dan diasingkan dari luar.  Mereka akan diadili oleh juri yang datang perstuan sejarah Malaysia, pensyarah ukm dan upm.  Namun ada sedikit ralat disini kerana kami berasa hairan kenapa pensyarah UPM dalam bidang ekologi dapat menjadi juri.  Adakah bidang ekologi adalah sama dengan bidang sejarah.  Kami rasa sangat jauh menyimpang dan tiada lansung juri dari UM.  Dalam masa yang sama, berkaitan dengan peserta IPTA yang layak melebihi sepuluh angka tersebut, juri adalah pensyarah mereka.  adakah adil keadaan ini berlaku dan diadili oleh pensyarah sendiri??? Kami sangat memandang serius dalm perkara ini kerana telah nampaknya kepincangan yang nyata dapat dilihat dengan mata kasar.  Ada seorang peserta hanya berpandukan dengan buku sejarah PMR dan SPM layak ke peringkat seterusnya yang menewaskan mahasiswa dalam bidang sejarah dari IPTA tertentu? Kami merasa pelik bagaimanakah kedaan ini boleh berlaku sedangkan objektifnya dalah untuk mencari sejarawan muda.  Dikatakan sejarawan muda dimenangi oleh peserta yang mempunyai latar belakang bidang akademik yang berlainan misanya bidang undang-undang, adakah mungkin beliau akan memperjuangkan bidang sejarah selepas itu? Sama-sama kita fikirkan.  Sejarah adalah subjektif dan tidak boleh diprogramkan. Sekiranya kedaan ini berlaku, sia-sia sahaja pencarian sejarawan mkuda yang tidak mungkin akan mencapai objektifnya.


Kami juga mendapati, ujibakat di Melaka ditunda? Kenapa harus jadi begini? Sekiranya perancangan rapi telah dibuat, jadi taiada sebarang masalah akan berlaku.  Ini menampakkan lagi agenda yang tersembunyi oleh pihak yang terlibat.  Kami bersuara bukannya bersedih kerana tidak terpilih namun kami merasa sangat prihatin mengenai bidang yang dipelajari oleh kami di Universiti Malaya.  Kami sudah nampak kepincangan dari awal, adakah salahnya kami bertindak bagi memberi respon terhadap rancangan ini.  Siapa lagi akan bertindak kalau tidak dari pihak kami.  Oleh itu, kami sebulat suara memboikot rancangan sejarawan muda. Sekian, terima kasih.


____


Bagi pihak UMD,kami memohon respon daripada penganjur bagi menjelaskan keadaan sebenar

Thursday 24 November 2011

Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur bukti Malaysia tidak gentar dengan kuasa besar




Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur, 19-22 November, Bangunan Yayasan Al-Bukhary.

Saya berkesempatan menerima jemputan dari seorang sahabat saya untuk menghadiri dan menyaksikan Tribunal Jenayah Perang terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush dan mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair yang didakwa atas kesalahan jenayah perang di Iraq pada tahun 2003 dan telah berlangsung di Bangunan Yayasan Al-Bukhary. Tribunal tersebut telah diusahakan oleh Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tribunal tersebut dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Sulaiman dan hakim-hakim yang lain adalah Tun
ku Sofea Jewa, Prof Salleh Buang, Prof Emeritus Dr.Shad Saleem Faruqi (Pensyarah Undang-Undang UiTM) dan Encik Alfred L Webre. Tribunal berlangsung selama lima hari yang menyaksikan hujah-hujah dari barisan peguam pendakwa dan peguam pembela. Walaupun hampir seluruh dunia mengutuk peperangan di Iraq namun masih terdapat pihak pembelaan dan ini menunjukkan tidak ada sesiapun yang bersalah seh
ingga dibuktikan bersalah.
Pihak peguam pendakwa telah mengemukan hujah-hujah bahawa peperangan yang dilancarkan keatas Iraq adalah tidak wajar dan telah melanggar piagam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakala pihak pembelaan pula membela dengan menggunakan bukti-bukti daripada Jabatan Pertahan Amerika Syarikat.
Saya juga sempat bertemu dan berbual dengan seorang warga Amerika Syarikat bernama Dan Kimball yang hadir ke tribunal itu. Beliau menyatakan rase kecewa dan sedih menjadi rakyat Amerika Syarikat kerana melakukan kekejaman seperti peperangan di Iraq. Oleh kerana itu, beliau memutuskan untuk berpindah keluar dari Amerika Syarikat dan memulakan perniagaan berasaskan IT di Singapura dan bakal memindahkan operasinya ke Cyberjaya tidak lama lagi. Isteri beliau merupakan salah seorang aktivis yang telah melawan arus kerajaan Amerika Syarikat dengan mencari dana bagi membeli ubat-ubata
n dan menghantarnya ke Iraq semasa Iraq dikenakan sekatan oleh PBB yang didalangi oleh Amerika Syarikat. Beliau amat terharu dan gembira deng
an warga Malaysia kerana biarpun sebuah negara kecil namun kita tetap mengambil berat dalam memastikan keamanan dunia. Apa yang saya dapat simpulkan disini ialah, bukan semua warga Amerika Syarikat yang kejam atau jahat tetapi yang kejam adalah Kerajaan Amerika Syarikat.
Setelah lima hari bersidang Tribunal tersebut mendapat Bu
sh dan Blair BERSALAH atas dakwaan yang dikenakan yakni Kedua-dua tertuduh telah melakukan Jenayah terhadap Keamanan dimana tertuduh-tertuduh the merancang, bersedia dan mencabul kedaulatan negara Iraq pada 19 Mac 2003 yang melanggar Piagam PBB d
an Undang-Undang Antarabangsa. Semasa pandangan kehakiman dibacakan, saya hampir tertawa apabila memikirkan keangkuhan dan kebodohan pemimpin seperti Bush dan Blair. Antara perkara-perkara yang digunakan sebagai bukti ya
ng menarik perhatian saya ialah ;
i) Amerika Syarikat telah menggunakan Kajian Ilmiah (
Thesis) seorang pelajar untuk dijadikan laporan perisikan (Intelligence Report) yang menyatakan Iraq memiliki senjata pemusnah (Mass Destruction Weapon).
ii) Sehingga ke hari ini, senjata yang dinyatakan yakni Mass Destruction Weapon tidak
dijumpai.

iii) Walaupun Bush & Blair sedar dan telah dinasihati oleh Pegawai Undang-Undang mereka
bahawa peperangan ini melanggari Undang-Undang Antarabangsa tetapi ia tetap dilakukan.

iv) Amerika Syarikat pernah membekalkan/menjual senjata kepada Iraq.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang saya rasakan amat unik. Ini kerana, semasa Perang Dingin, Amerika telah membekalkan senjata kepada Mujahedeen di Afghaninstan bagi menentang pihak Soviet pada ketika itu. Setelah Afghanistan merdeka dari Soviet, Muhajidin kemudian telah dikenali sebagai Taliban telah diseran
g semula oleh Amerika Syarikat pada tahun 2001.

Keputusan Tribunal ini akan dihantar ke Geneva dan walaupun Malaysia adalah sebuah negara kecil dan tidak mempunyai kuasa sebesar Amerika Syarikat untuk menghukum pesalah perang namun Bush dan Blair sebagai manusia perlulah merasa sedikit cubitan atas hukuman yang telah dijatuhkan kepada mereka. Akhir kata, pada pendapat peribadi saya ialah, Amerika Syarikat adalah musuh yang “dijemput” oleh proksi-proksi tertentu untuk memusnahkan Iraq. Siapa musuh yang sebenarnya menjadi persoalan…? Tepuk dada, Tanya selera…..

Ditulis oleh : Malik Syam Mohd.Latiff



Cadangan kemasukan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia di dalam kampus di sambut baik



Oleh : Sharaimei Shaik Ahmedullah

Wujudkan KR1M di IPT

PUTRAJAYA 21 Nov. – Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) meminta kerajaan menimbangkan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia di setiap kampus universiti.

Cadangan tersebut terkandung dalam kertas kerja Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diadakan di sini, hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usul tersebut dibuat memandangkan penuntut universiti juga tidak terkecuali daripada menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Kita sedang menimbangkan cadangan itu dan ia disambut baik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kebetulan ada bersama.

Pada saya kenapa mereka perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat itu dan saya juga tak nampak sebarang sebab kita tak boleh memperluaskannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mesyuarat tersebut merupakan platform yang diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan suara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu nasional didengari.

Menurut Mohamed Khaled, majlis perundingan tersebut juga menerima cara dan kaedah kerajaan dalam melaksanakan program bantuan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu, ketika ditanya situasi semasa penuntut Malaysia di Mesir, beliau berkata, kerajaan sentiasa peka dan memantau situasi di sana.

“Kerajaan telah menghubungi pejabat penuntut Malaysia di sana supaya dapat menghebahkan dan memberi nasihat kepada penuntut supaya berhati-hati dengan keadaan tidak menentu-Utusan Malaysia

________

UMD menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu mahasiswa dalam menanggung kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur.Terima kasih atas keperihatinan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan kerajaan Malaysia

Malam Kebudayaan Melayu membuka ruang untuk kenali kebudayaan bangsa

Universiti Malaya,23 November 2011-Malam Kebudayaan Melayu (Bagai Aur Dengan Tebing) yang diadakan di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (KK10) telah melabuhkan tirainya.Program ini adalah anjuran Pujangga Tradisi Enterprise dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Malaya,E Sastera Malaysia,Kunang-Kunang Production dan Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi.Antara persembahan yang diadakan ialah fragmen randai (penggiat seni ASWARA),deklamasi sajak,monolog,Tarian Melayu,sketsa,deklamasi puisi.Antara yang menarik ialah deklemasi sajak oleh saudara Vicky dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.Sajak bertajuk Tanah Air Mata Kami disampaikan dengan baik dan lancar.Program seperti ini dapat menarik lebih ramai pelajar daripada luar negara untuk mengenali dan mempelajari budaya orang Melayu dan Kolej Kediaman Kesepuluh adalah lokasi yang strategik kerana menjadi tempat penginapan untuk program pertukaran pelajar dari luar negara.Semoga program-program kebudayaan seperti ini dapat ditingkatkan pada masa akan datang supaya pelajar-pelajar khususnya pelajar antarabangsa lebih kenal akan keunikan budaya di Malaysia seterusnya memberi imej yang positif kepada negara amnya-UMD

Tuesday 22 November 2011

Disebalik kemenangan Malaysia


Tahniah Skuad Harimau Muda kerana berjaya merangkul emas menewaskan Indonesia dalam penentuan penalti.Kejayaan ini lebih manis apabila seluruh negara mendoakan kejayaan pasukan Harimau Muda ini.Saya kira seluruh negara berdebar-debar dengan corak permainan yang saya kira seimbang apabila masuk separuh masa kedua.Tambahan pula kedua-dua negara dilihat mempunyai peluang yang sama dari segi corak permainan.Namun di sini apa yang saya ingin kongsikan ialah berlaku insiden-insiden yang saya kira sebagai membunuh semangat kesukanan.Pertamanya penyokong Indonesia membakar kaunter tiket akibat berang akibat tiket untuk perlawanan akhir habis dijual.Pada pandangan saya,ini adalah satu insiden yang cukup memberi kesan kepada pandangan masyarakat dunia terhadap tahap mentaliti masyarakat di Asean belum mencapai tahap kelas pertama.Ini dapat membuktikan lagi bahawa hubungan baik antara negara-negara Asean khasnya Malaysia-Indonesia adalah sekadar retorik bagi menampakkan wujudnya perpaduan yang kuat antara Asean supaya dapat memberi imej yang positif kepada rantau-rantau yang lain. Unsur-unsur penghinaan terhadapt lagu kebangsaan,jalur gemilang juga seakan menjadi lumrah apabila berlaku pertembungan antara kedua negara ini.



Dalam kehangatan meraikan kemenangan Malaysia saya terkejut akan satu halaman yang dibuat bagi mengutuk Fakri Saarani iaitu Fakri Saarani=Rubbish.Saya secara peribadi tidaklah begitu mengikuti perkembanga pemain-pemain tanah air secara konsisten.Namun apa yang dikesali disini ialah 'penyakit' yang saya kira melanda masyarakat kita pada hari ini ialah penyakit benci-membenci ditambah lagi dengan kepesatan penggunaan laman-laman sosial seperti Facebook yang memudahkan akses kepada perkara-pekara negatif ini.Apa yang saya lihat disini ialah masyarakat kita selalu mengatakan bahawa rakyat Indonesia tidak mempunyai tamadun lantaran sikap mereka yang terlalu fanatik kepada bola sepak tetapi apa yang masyarakat kita perlu renung kembali ialah kita juga sebenarnya menuding jari kepada diri sendiri.Saya tidak kata semua masyarakat Malaysia seperti itu namun segelintir ini yang berusaha mempengaruh sebilangan yang lain dan memburukkan lagi perpaduan dalam masyarakat.Pada hemat saya,sukan adalah medium yang begitu berkesan dalam menyatupadukan masyarakat tidak kira fahaman politik.Jadi jangan cemarkan sukan dengan anasir-anasir negatif seperti ini.Negara pada hari ini amat memerlukan lebih ramai "Doktor" dalam bidang masyarakat bagi menangani perkara-perkara seperti ini.Kalau bukan kita yang mendidik masyarakat kita,siapa lagi?-UMD



Sunday 20 November 2011

PM komited dalam alam maya


Kuala Lumpur,20 November 2011-YAB Perdana Menteri,Dato'Seri Najib Tun Razak hari ini telah merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC tengah hari tadi.Konvensyen ini mengumpulkan lebih daripada 1000 orang penggiat facebook,twitter dan blog dan merupakan konvensyen yang terbesar melibatkan penggiat alam maya.Konvensyen itu turut dihadiri oleh penulis-penulis blog terkenal dan selebriti antaranya Papagomo,Sassy the Don dan Dr Novandri.Antara resolusi konvensyen ini yang dibacakan oleh Dr Novandri ialah :


1)Menggesa hala tuju media sosial ini dengan lebih tersusun
2)Menubuhkan sebuah bank informasi yang memberi rujukan kepada penggiat-penggiat sosial berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas
3)Menubuhkan sekretariat khas bagi menguruskan bank informasi secara efisyen dan efektif
4)Melibatkan lebih banyak golongan muda dalam program transformasi kerajaan bagi memberikan mereka gambaran yang jelas tentang komitmen kerajaan terhadap rakyat
5)Memberi komitmen serta memulakan siri jelajah media sosial 1Malaysia
6)Mendesak pemimpin-pemimpin Barisan Nasional meningkatkan penglibatan di medan sosial bagi merasai denyut nadi rakyat dan juga bagi menjelaskan isu-isu
7)Penglibatan aktif dalam medan sosial sebagai salah satu syarat bertanding pilihanraya
8)Berikrar bersatu hati membantu kerajaan menyebar maklumat dan menentang kepalsuan
9)Penggiat sosial bersatu hati dan mengetepikan hal peribadi
10)Berjanji untuk menggunakan media sosial dengan bertanggungjawab bagi memastikan pelan transformasi berjalan dengan jayanya.

Sementara itu,YAB Perdana Menteri memberi amanat iaitu Barisan Nasional mengiktiraf peranan media sosial dalam membantu menyebarkan maklumat-maklumat penting serta menjadi bala tentera baru kepada Barisan Nasional.Disamping itu juga media sosial menurut beliau adalah satu wadah bagi menilai sikap masyarakat terhadap kerajaan dan beliau akan menubuhkan Kelab Sukarelawan 1Malaysia-UMD


Thursday 17 November 2011

(Sinar Harian 14.11.11)


Secara peribadi, sebagai ahli akademik, saya amat menghormati bidang kepakaran seseorang. Bidang kepakaran inilah yang menentukan sama ada seseorang layak dipanggil pakar atau tidak. Namun, gelaran profesor tidak semestinya menjadikan seseorang itu terlalu pakar, sehingga boleh menidakkan kepakaran orang lain yang tidak sebidang dengannya. Dalam bidang agama sekalipun ada pecahan kepakarannya seperti usuluddin, syariah, akidah, dakwah dan lain-lain lagi. Bidang perubatan usahlah dibincangkan kepakarannya. Apa yang meloyakan lagi, ada orang merasakan dengan sedikit kelayakan yang ada, semua bidang dia mahu bercakap.

Kepakaran adalah bidang pengkhususan. Gunakanlah kepakaran tersebut untuk kebaikan terutama dalam menjaga maslahah agama, bukan diperalatkan. Janganlah terlalu ghairah mengatakan orang ini betul, orang itu tidak betul, tanpa merujuk kepada konteks yang di maksudkan. Pada saya, di sinilah penelitian yang perlu dilihat oleh Aziz Bari, bukannya ghairah menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh ultra kiasu, seolah-olah memperlihatkan di Malaysia ini tidak ada lagi yang lebih pakar selain Aziz Bari. Jika Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim masih hidup, mungkin Allahyarham akan tersenyum.

Inilah gambaran yang cuba dibuat oleh akhbar dan laman web ultra kiasu. Saya hanya membela diri setelah diserang bertubi-tubi melalui kenyataan Aziz Bari. Rujuklah sama pakar-pakar lain yang tidak kurang pakarnya seperti Profesor Shad Saleem Faruqi, Zaleha Kamaruddin dan ramai lagi profesor undang-undang. Tidak ketinggalan pengamal undang-undang seperti Mohamad Safiee Abdullah dan Sulaiman Abdullah. Kenapa mereka tidak dirujuk? Jawapannya, kerana pandangan mereka tidak menyebelahi ultra kiasu. Profesor pakar di Institut Pengajian Tinggi dilabelkan sebagai profesor kangkung, yang tidak kangkung hanyalah Aziz Bari.

Pada saya, sepakar manapun kita, memang kita sepatutnya bercakap benar. Saya puji keberanian itu. Tetapi fikirkanlah sama, implikasinya terhadap agama, bangsa dan negara. Cakap jangan ikut sedap mulut. Mengkritik raja-raja Melayu secara terbuka, yang menjadi payung kepada agama Islam perlu dibuat secara berhati-hati, supaya tidak merugikan Islam. Kenapa ultra kiasu semakin berani memijak-mijak atau mencabar kesucian agama kita, ada kaitan dengan persekongkolan kita.

Kenapa Aziz Bari tidak tampil membela mereka yang telah dimurtadkan? Kita hanya akan faham situasi yang sebenar jika melibatkan diri bersama khalayak dan NGO-NGO Islam, bukannya sekadar duduk dalam bilik membaca buku. Down to earth amat penting. Selamilah keadaan sebenarnya bagaimana Islam diratah dan dimamah oleh musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu? Jangan hanya pandai bercakap, praktikalnya entah ke mana. Bidang kepakaran satu hal, dengarlah sama rintihan-rintihan dan keluhan-keluhan akar umbi. Jangan syok sendiri kerana kita adalah pakar.

Semua tulisan dan kenyataan saya buat hendaklah difahami dalam bentuk konteks yang ingin disampaikan, bukan sekadar mendengar serba sedikit atau membaca separa dua. Inilah yang selalu dilakukan oleh ultra kiasu, memanipulasikan isu. Apa yang menyebelahi mereka disenyapkan, yang mana tidak, akan diheboh-hebohkan untuk mendapat perhatian.

Yang jelas, kita mudah melatah seperti apabila ultra kiasu meminta pandangannya. Janganlah terlalu bangga kerana dalam segala hal ultra kiasu meminta pandangan kita. Saya dihubungi saban hari oleh pelbagai jenis media untuk memberikan pandangan terhadap sesuatu isu, tetapi saya tidaklah terlalu obsess. Ada timbang taranya . Ini tidak, pantang ditanya, melatah selalu.

Menurut Aziz Bari, kenyataan saya tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama. Persoalan saya, adakah Islam memberikan kebebasan yang begitu luas kepada minoriti sehingga menenggelamkan kedudukan Islam sebagai agama majoriti? Jika kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud, apakah perlu bertanya kepada orang bukan Islam seorang demi seorang yang tidak sampai sepuluh peratus? Jika begitulah keadaan, kenapa umat Islam di China, terpaksa mengikut dan menurut undang-undang komunis di sana sehingga puasapun tidak dibenarkan?

Saya hanya membangkitkan pembuktian hasil kajian yang dibuat secara akademik oleh beberapa sarjana kenapa bukan Islam menolak hudud? Misalnya kajian Wan Mohd Nasruddin Wan Abdullah (2006), antara memilih calon Umno yang dikatakan ‘korup’ dengan calon Pas yang dikatakan mempunyai integriti. Jawapan kajian tersebut adalah, orang Cina lebih memilih Umno walaupun korup daripada memilih Pas yang mahu melaksanakan hudud. Orang Cina lebih rela bersama Umno daripada hidup di bawah undang-undang Islam. Saya hanya melaporkan kajian orang lain.

Boleh dikatakan rata-rata bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud dan konsep negara Islam, apatah lagi untuk dilaksanakan di negara ini. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu kuat menentang Islam tetapi bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi dan komunis yang telah banyak merosakkan manusia?

Misalnya, antara agenda Seksualiti Merdeka akhirnya nanti adalah mahu menghalalkan hubungan sesama jantina seperti yang berlaku di barat. Kenapa kita begitu menjaga hak asasi ini? Sedangkan undang-undang Tuhan tidak dipedulikan. Saya hanya mengambil contoh bagaimana orang Melayu dijinakkan oleh Lee Kuan Yew di Singapura melalui ‘kekerasan’. Bila saya berhujah sebegini, mereka katakan jangan bandingkan Malaysia dengan Singapura.

Apabila hak kita disentuh, kita disuruh berdiam diri, seperti isu sembelihan korban yang dicadangkan oleh Majlis Agama bukan Islam supaya penyembelihan korban tidak dibuat di tempat awam seperti di sekolah dan padang awam. Cuba kalau kita keluarkan kenyataan jangan rayakan perayaan Thaipusam, hantu lapar, kau ong yeh dan lain-lain perayaan, di tempat-tempat awam mengambil kira sensitiviti umat Islam dan kesusahan yang dihadapi akibat kesesakan jalan raya. Begitu juga dengan babi-babi diangkut berlori-lori sepanjang jalan raya. Saya boleh gambarkan seolah-olah Malaysia akan kiamat melalui bantahan demi bantahan atas asas hak asasi manusia.

Kenapa hari ini mereka begitu kurang ajar? Kenapa dahulu mereka tidak berani mengangkat muka pun. Jawapannya, kenapa mereka tahu, ada umat Islam yang mudah diperalatkan. Perlembagaan boleh dipinda jika umat Islam bersatu. Amat malang sekali Malaysia yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu tidak dapat melaksanakan identiti Islam di negaranya sendiri. Inilah konteks yang perlu difahami oleh Aziz Bari.

Aziz Bari boleh bertanya pada saya jika ada kekeliruan. Janganlah terlalu menunjuk pandai di hadapan ultra kiasu. Ianya tidak akan menguntungkan Islam. Saya ahli akademik dalam bidang politik dan kerajaan, pernyataan saya perlu dilihat dari sudut kepakaran. Begitu juga beza antara penteori undang-undang dengan pempraktikkan undang-undang. Cubalah menyelami apa yang dikatakan oleh Profesor Mohd Kamal Hassan. Kebebasan akademik ada limitasinya. Janganlah terlalu ghairah untuk menunjukkan kepandaian. Wal hal sebenarnya tidak.


Oleh :

Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Kumpulan Pemikiran Politik dan Peradaban Islam
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Wednesday 16 November 2011

Mahasiswa Berperanan Sebagai Komuniti Ilmu, Tidak Dimanipulasi Parti Politik

Prof Dato' Ir.Dr.Zaini Ujang
(Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru)


Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) (AUKU 2009) memberi ruang dan peluang kepada komuniti akademik, termasuk mahasiswa untuk menjadi ‘kuasa intelektual’ yang ampuh dan berdaya saing bukan saja di pentas tempatan, malah peringkat global.

Tidak ramai yang cuba memahami bahawa dalam proses penyediaan draf AUKU 2009, sebelum dibawa ke Parlimen, melibatkan pelbagai lapisan serta pandangan masyarakat, termasuklah golongan mahasiswa dan pensyarah pelbagai peringkat. Hasratnya ialah menyediakan landasan kukuh menjadikan institusi pengajian tinggi di Malaysia lebih berdaya saing, mampu menyediakan ekosistem intelektual yang segar, ruang autonomi bersesuaian dengan tanggungjawab menyediakan kualiti pendidikan terbaik dan menyuburkan kemahiran insaniah.

AUKU 2009 adalah suatu peruntukan undang-undang menyeluruh menjelaskan tentang tanggungjawab dan kuasa menteri, penubuhan serta perlembagaan universiti, peruntukan serta bantuan wang dan akaun, penubuhan dan pengambilan tanah untuk universiti, kaedah-kaedah tata tertib sehinggalah tata cara penganugerahan ijazah dan majlis konvokesyen.

Dari segi kelainannya berbanding AUKU sebelum pindaan 2009, urus tadbir lebih telus dan berkesan dengan kuasa lebih besar diberikan kepada Lembaga Pengarah. Ini memberi ruang untuk berlakunya penurunan kuasa Menteri sehingga dijangkakan menjelang 2015, autonomi penuh akan dimiliki oleh beberapa universiti awam yang sudah bersedia daripada pelbagai sudut termasuk penjanaan dana dan pengurusan modal insan.

AUKU selepas pindaan 2009 juga memberi peluang kepada komuniti akademik, termasuklah mahasiswa untuk lebih kreatif dan inovatif bagi menjalankan pelbagai kegiatan untuk menyediakan diri menjadi ‘pekerja ilmu’ dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin pantas berubah dari segi corak pekerjaan dan penjanaan kekayaan.

Selain itu, AUKU 2009 memberi mandat agar komuniti akademik mempunyai wibawa sendiri dalam pembangunan negara. Perkhidmatan universiti sebagai ahli akademik diberi pengiktirafan tinggi, sementara aktivisme mahasiswa dilindungi daripada pengaruh luar yang boleh menjejaskan peranan mereka sebagai ‘komuniti ilmu’.

Itulah sebabnya Bahagian III (Seksyen 15) diperkenalkan iaitu berkaitan ‘pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.’

Satu-satunya peruntukan yang menjadi pertikaian dan sering kali disalah anggap ialah Seksyen 15 (1) (a) yang melarang mahasiswa menjadi ahli ‘mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia’.

Mengapa larangan ini diperkenalkan?

Larangan ini diperkenalkan supaya komuniti akademik terutama mahasiswa dapat mencorakkan wibawa dan identiti sendiri. Peruntukan tersebut adalah isyarat bahawa mahasiswa perlu bangun dan bergerak sendiri secara penuh keyakinan diri, tanpa didominasi, ditunjuk arah, apatah lagi terikut-ikut dengan budaya dan peraturan politik kepartian semasa berada di universiti.

Sebagai Naib Canselor, saya mengharapkan peruntukan AUKU 2009 boleh menjadikan komuniti akademik, termasuk mahasiswa sebagai golongan yang menjadi alternatif kepada tata cara, pendapat dan idealisme politik kepartian. Saya mengharapkan mahasiswa mempunyai jati diri sendiri, idea yang diadun sendiri dan berani membangunkan falsafah politik yang tidak terikat kepada percaturan politik luar kampus.

Idealnya, politik mahasiswa adalah politik yang didokong oleh dapatan ilmu dan perkongsian bersama sarjana dan warga kampus yang sentiasa menghayati resam ilmu dengan melakukan kajian dalam pelbagai dimensi ilmu. Atas kepentingan pengembangan ilmu menerusi penyelidikan mereka bebas melakukan gerak kerja dan aktiviti ilmiah termasuklah berkaitan aspek politik, termasuk membabitkan parti politik.

Kuasa mahasiswa ialah kuasa ilmu kerana mereka berada di persada ilmu, di kalangan komuniti yang mendaulatkan budaya ilmu. Pengaruh mahasiswa ialah pengaruh ilmu kerana mereka adalah pencinta ilmu. Kualiti pergerakan mahasiswa ialah kualiti ilmu kerana dengan ilmu mereka boleh membuat pilihan dan penilaian yang lebih adil dan saksama.

Justeru tanpa terikat kepada mana-mana parti politik maka membolehkan mahasiswa lebih mudah memaju diri dan organisasi menggunakan neraca ilmu untuk membuat pertimbangan yang lebih bijaksana. Memang suara dan idealisme politik kepartian adalah suatu realiti dan mempunyai peranan dan pengaruhnya yang tersendiri.

Maka mahasiswa boleh menjemput mana-mana kelompok politik, dengan persetujuan pihak universiti, untuk berbincang dan berbahas tentang pelbagai isu semasa. Mahasiswa boleh bersetuju dan membantah pendirian politik mana-mana parti politik. Sementara itu, mahasiswa juga perlu mempelajari idealisme politik tetapi dari sudut pengkayaan ilmu, bukan kaderisasi politik.

Dengan demikian, ketika berada di kampus, tanpa terikat kepada mana-mana idealisme atau syarat keahlian politik kepartian maka mahasiswa mempunyai ruang dan kesempatan untuk membina idealisme sendiri. Memang sepatutnya semua warga kampus termasuklah mahasiswa perlu berada di hadapan, bukan menjadi pengikut dari segi pengembangan idea, pemahaman terhadap persekitaran global dan setempat, dan menyediakan alternatif.

Malang sekali seandainya pergerakan mahasiswa terpesona dengan suara dan gagasan politik kepartian, apatah lagi jika sekadar menjadi pengikut setara dengan status keahlian peringkat cawangan.

Lebih malang lagi kerana sebagai ahli sesuatu pertubuhan politik, banyak peraturan dan tata cara yang terpaksa dipatuhi. Ini lebih ketara jika ada perbezaan pandangan mahasiswa dengan pandangan rasmi parti yang mungkin menyebabkan seseorang ahli dikenakan tindakan disiplin.

Justeru marilah kita menghayati semangat dan budaya ilmu bahawa sepanjang menuntut ilmu terutamanya di kampus maka kita perlu mematuhi pelbagai adab dan resam untuk menjadi komuniti ilmu yang sejati. Komuniti ilmu tidak bererti kita meletakkan diri pada kedudukan luar realiti.

Sebaliknya komuniti ilmu menjadikan ilmu sebagai petunjuk, pedoman dan landasan dalam tindakan kita.

Kerana dengan komitmen kepada budaya ilmu barulah kita dapat memperteguh wibawa dan membangunkan ‘kuasa intelektual’ sebagai penyuluh zaman!