Tuesday, 15 November 2011

'Surat Cinta' terbuka buat YDP MPPUM 2010/2011 TERSAYANG



Kehadapan kekanda Syahid yang disayangi

Seperti yang adinda maklum,kekanda banyak mengeluarkan kenyataan mengenai AUKU.Terbaru,kekanda telah mengeluarkan satu kenyataan di blog peribadi kekanda iaitu syahidwave.blogspot.com.Mahasiswa bersedia hidup tanpa AUKU

Kekanda

Eloklah kiranya adinda memberi pandangan adinda mengenai isu AUKU yang kekanda ingin hapuskan itu.Disini adinda memberi ruang dan peluang kepada kekanda untuk melihat golongan silent majority dalam kampus kita.Kenyataan kekanda itu sebenarnya tidak adinda setuju kerana apa kekanda.Kerana kekanda tidak pernah bertanya kepada kawan-kawan kampus kita mengenai isu ini.Adakah mereka setuju jika AUKU itu dihapuskan?

Kekanda Syahid

Jika benar kekanda benar-benar pejuang untuk mansuhkan AUKU,adinda kira kekanda perlu lebih bijak dalam mencari insiatif mengenai perkara ini.Adakah kekanda pernah membuat survey secara menyeluruh mengenai perkara ini di dalam kampus yang kekanda kuasai?Tidak pernah kekandaku.Adinda sebenarnya lebih tertarik kepada kekanda Wan Ahmad Hazman daripada UTM mengenai inisiatifnya tentang perkara ini.Kekanda Wan Ahmad Hazman lebih bijak dalam mencari solusi.Kekanda adalah YDP kepada sebuah university terulung di negara kita.Tidakkah kekanda rasa kekanda perlu menjaga maruah university kita?Adinda tidak berniat untuk menyukai orang lain tetapi mahasiswa hari ini bijak menilai dan progresif kekandaku.Atau adakah kekanda takut kiranya silent majority ini tidak menerima cadangan kekanda?Jangan takut kekandaku.Jadilah seorang pejuang berilmu.Jangan jadi pejuang yang suka beretorik.Kekanda juga perlu menghormati prinsip mahasiswa lain sekiranya kekanda adalah seorang pejuang demokrasi kampus tulen.Oh!Adinda terlupa bahawa jika ingin membuktikan bahawa mahasiswa lebih bijak dan lebih progresif daripada pak-pak menteri kerajaan,buatlah satu cadangan untuk akta baru yang lengkap dan berstruktur bagi menggantikan AUKU yang kekanda dan sahabat-sahabat kekanda ingin perjuangkan.Bukan apa kekanda,adinda dan kawan-kawan lain juga mahu melihat perjuangan itu diterjemahkan melalui perbuatan dan bukan sekadar bicara kedai kopi di hujung kampung.

Kekanda Syahid

Untuk pengetahuan kekanda,semasa Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011 yang diadakan di UTM Johor Bahru,mereka telah membuat undian samada wajar atau tidak AUKU dihapuskan.Untuk pengetahuan kekanda juga,159 pemimpin pelajar ini mengundi tidak wajar AUKU dihapuskan manakala cuma 29 undi sahaja memihak kepada wajar AUKU dihapuskan.Adakah ini yang kekanda maksudkan Mahasiswa Bersedia Hidup Tanpa AUKU?Mahasiswa mana kekanda?Bukan apa kekanda,kebanyakan yang hadir untuk konvensyen ituialah pemipin pelajar yang adinda kira sebagai golongan yang terlibat secara langsung dalam politik kampus.Persoalannya disini kekanda,jika golongan pemimpin yang terlibat secara langsung ini pun tidak menyokong AUKU dihapuskan,bagaimana dengan masyarakat kampus yang majoritinya tidak terlibat dalam politik kampus ini.Adinda minta kekanda Syahid dapat berfikir mengenainya.

Kekanda Syahid

Kebelakangan ini,adinda lihat terlalu banyak penglibatan kekanda dalam arena nasional.Isu-isu nasional sememangnya adinda agak kagum dengan keberanian kekanda tersayang ini.Namun kekanda,bagaimana dengan ‘hal rumahtangga sendiri’?Jika kekanda kurang mengerti,hal rumah tangga ini adalah isu kampus kekanda sendiri.Isu bas,isu yuran.Bagaimana?Adinda juga sedia maklum terdapat dialog antara pihak PTM,HEP dengan mahasiswa beberapa minggu yang lepas.Tetapi kekanda,pada malam dialog itu,hujan lebat menghalang mahasiswa daripada turun melihat dialog berkenaan.Jadi bagaimana mahasiswa dapat mengetahui hasil daripada dialog itu jika kekanda tidak memberikan penerangan hasil yang jelas supaya mahasiswa tahu akan perkara ini?Adinda minta maaf jika adinda ada terlepas pandang mengenai perkara ini

Kekanda Syahid

Dalam perenggan keempat terakhir dalam artikel kekanda mengenai Mahasiswa Bersedia Hidup Tanpa AUKU,kekanda ada menyatakan AUKU menghalang mahasiswa daripada menjadi agen semak imbang kepada kerajaan.Kekandaku,mahasiswa bukan sahaja menjadi agen semak kepada kerajaan tetapi turut menjadi agen semak imbang kepada pembangkang!Inilah yang dikatakan mahasiswa yang lahir daripada gologan cerdik pandai.Mengapa kekanda cuma memfokuskan kepada menjadi agen semak imbang kepada kerajaan tetapi tidak kepada pembangkang?Dilihat secara terang dan jelas disini kekanda adalah seorang yang partisan.Bagaimana pula jika AUKU dimansuhkan dan memberi ruang kepada parti mahasiswa terlibat dalam politik kepartian dalam negara ini?Semakin partisan! Ini juga sekaligus menafikan keyataaan kekanda sendiri dalam perenggan kedua terakhir dimana kekanda ada menyatakan bahawa mahasiswa perlu mencari solusi terhadap sesuatu isu atas DASAR IDEA PANDANG MAHASISWA.Diulangi sekali lagi kekanda tersayang,ATAS IDEA PANDANG MAHASISWA.BUKAN PARTI POLITIK.Jadi mengapa kita membuka ruang untuk idea pandang mahasiswa ini kepada idea pandang parti politik dengan menghapuskan AUKU?Kekanda tersayang juga ada menyatakan bahawa mahasiswa perlu cakna dalam isu semasa mahupun isu global.Adinda cuba mencari dimakah kenyataan kekanda dalam blog peribadi kekanda mengenai isu Seksualiti Merdeka.Tiada kekanda.Tiada.Kekanda memang seorang yang cakna.Kekanda,sebenarnya ramai mahasiswa yang cakna dalam isu semasa.Cukup ramai.Mungkin kekanda yang tidak cakna dengan mahasiswa lantaran terlalu cakna dengan isu semasa.

Kekanda tersayang,

Akhir kata,rajin-rajinlah melihat idea pandang pemimpin lain diseluruh IPT yang ada.Mereka berjuang untuk menjaga golongan majoriti tetapi kekanda lebih berjuang untuk golongan minoriti.Adinda nasihatkan kekanda agar lebih bijak dalam menangani masalah dan lebih ikhlas dalam memperjuangkan nasib mahasiswa.Ada masa,adinda akan berutus surat lagi kepada kekanda.Wasalam.

Yang Benar-‘Peminat setia’ (15 November 2011)