Thursday 29 March 2012

Larian Aman Palestine.


28 Mac 2012, Rabu-Sekitar perkarangan mini gym tasik varsiti telah diadakan satu program Larian Aman Palestine. Program ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan mahasiswa dan mahasiswi UM kepada kempen Aman Palestine. Program ini juga bertujuan untuk menyokong program Aman Palestine anjuran Solidariti Mahasiswa Utara (SMU).

Program yang telah bermula pada 5.00 petang itu telah dihadiri seramai 60 orang peserta. Walaupun bilangan yang hadir tidak mencapai sasaran namum suasana program ini dapat menarik minat golongan mahasiswa yang beriadah pada petang semalam.

Aktiviti yang dilakukan pada petang semalam turut dihadiri oleh beberapa presiden kolej kediaman UM dan mantan-mantan exco MPMUM. Menariknya disini, selepas aktiviti regangan badan dilakukan, peserta telah berlari secara bersama mengelilingi lingkungan budi.




Semasa UMD menemubual seorang pelajar jurusan MBBS, saudara Muhammad Haikal. Beliau menyatakan bahawa beliau sendiri tidak mengetahui dimanakah terletaknya lingkungan budi dan tidak akan mengetahuinya sampai bila-bila jika program ini tidak dijalankan. Beliau juga menyatakan program seperti ini perlu dilakukan selalu kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa tetapi disamping itu mampu untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Saturday 24 March 2012

DEMONSTRASI DEPAN BANGUNAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI JEJAS IMEJ UM

23 MAC 2012, Jumaat:- Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diserbu oleh sekumpulan mahasiswa dari Pro Mahasiswa untuk memprotes tarikh pilihan raya kampus (PRK) yang telah dibawa ke bulan september. Kumpulan mahasiswa yang terdiri daripada tidak kurang 40 peserta telah membanjiri perkarangan parkir kereta bangunan KPT. Turut hadir dalam demonstrasi ini adalah mantan YDP MPMUM, saudara Muhamad Syahid Zaini, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) saudara Safwan Anang, Presiden Pro Mahasiswa Kebangsaan Saudara Taufiq Abdullah, Presiden KAMI saudara Haziq Abdullah dan beberapa nama yang gah memperjuangkan hak mahasiswa kononnya.

Kumpulan Pro Mahasiswa di perkarangan parkir bangunan KPT

Demonstrasi yang berlangsung selama empat puluh lima minit ini telah mendesak pihak KPT untuk diawalkan tarikh PRK diseluruh kampus di Malaysia. Mereka juga telah membawa dua lagi perkara dalam memorandum yang diserahkan kepada setiausaha politik menteri pengajian tinggi. Mereka telah mendesak pihak KPT supaya demokrasi kampus dikembalikan kepada mahasiswa serta mereka menolak keras campur tangan politik luar dalam hal kampus. Terdapat perbincangan antara wakil KPT dengan Pro Mahasiswa serta SMM.

Perbincangan antara wakil KPT


Tindakan mantan YDP MPMUM Saudara Syahid menyerahkan batu nisan yang ditujukan kepada menteri pengajian tinggi simbolik kepada kematian demokrasi kampus telah mencemarkan nama baik varsiti. Tindakan beliau itu bukan merupakan budaya golongan intelek tambahan pula beliau masih lagi bergelar mahasiswa. Nama mahasiswa Malaysia amnya dan UM khasnya semakin buruk akibat tindakan kurang bijak kumpulan kecil mahasiswa  ini.

Batu nisan yang diberikan kepada Menteri Pengajian Tinggi

Demonstrasi yang diadakan ini keseluruhannya berjalan dengan aman dengan kehadiran anggota polis yang mengawal keadaan. Kumpulan pelajar ini bersurai selepas sahaja penyerahan memorandum dan batu nisan selesai.

Saturday 3 March 2012

Mari Mengenali Gerakan Malaysia Bangkit

3 MAC 2012,Sabtu- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan pelancaran "Gerakan Malaysia Bangkit" di Bukit Bintang. Meraka ini memperjuangkan 9 teras utama iaitu 1) Negara Bebas Rasuah 2) Negara Pendidikan Percuma 3) Negara Kesihatan Percuma 4) Negara Pilihanraya Bersih 5) Negara Pengangkutan Awam Percuma 6) Negara Rakyat Berpendapatan Tinggi 7) Negara Bebas Media 8) Negara Mendaulatkan Perlembagaan 9) Negara Hijau. Pelancaran Malaysia Bangkit ini turut dihadiri oleh Saudara Safwan Anang (UM), Saudara Muhamad Syahid Zaini (Ex-MPMUM), dan Ahmad Shukri (UM).


Apa yang ingin UMD nyatakan disini, teras yang cuba dibawa oleh SMM ini tiada sebarang kaitan dengan isu mahasiswa. Mereka seharusnya meneruskan perjuangan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan bukannya memperjuangkan apa yang tidak patut mereka perjuangkan. Tiada rasional dalam 9 teras tuntutan mereka. Dalam era sekarang ini, tiada apa yang boleh kita dapati secara percuma. Contoh terdekat, tandas pon kita terpaksa membayar 20 sen. Inikan pula meminta segalanya percuma. Sebenarnya permintaan mereka ini akan melemahkan sistem ekonomi rakyat malaysia. Tidak akan ada pembangunan yang mampu dirancang jika semua ini berlaku. Kesemua ini telah menyebabkan wang rakyat keluar sahaja tanpa ada wang yang masuk. Jika kita fikir secara logikal, kita tidak mahu wang keluar sahaja tanpa ada sebarang wang masuk. Jika itu berlaku, ia adalah satu KERUGIAN.

 UMD telah mendapati bahawa terdapat unsur-unsur politik dalam logo Gerakan Malaysia Bangkit.


Logo Gerakan Malaysia Bangkit
Bendera Pas
Bendera PKR
Bendera DAP


UMD merasakan kita dapat mengetahui agenda mereka ini, mereka tidak bermain dengan agenda mahasiswa nasional tetapi bermain dengan peranan penting dalam PAKATAN RAKYAT. Mereka sebenarnya adalah agen utama PR untuk memainkan peranan penting dalam membawa mahasiswa dekat kepada mereka. Mereka menggunakan isu yang bernas iaitu kebebasan akademik untuk menarik croud mahasiswa. Kita perlu bijak dalam memikirkan hal ini. Apa yang UMD ingin tegaskan disini, SMM telah membawa unsur kepartian dalam kampus. SAVE CAMPUS!!


Apa Dah Jadi Dengan Pelajar Tajaan JPA?

Assalamualaikum dan salam perpaduan.
UMD terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat berhujung minggu kepada seluruh warga kampus. Semoga hari minggu ini digunakan dengan perkara-perkara yang berfaedah serta sihat. Semasa UMD membaca blog-blog, UMD mendapati begitu ramai yang telah memperkatakan tentang duit biasiswa tajaan JPA. Duit mereka bernilai RM500 ini dikatakan dicuri oleh kerajaan. UMD telah menyiasat hal ini dan beberapa orang kawan UMD sendiri telah bertanyakan hal ini kepada bendahari Universiti Malaya. 

Dari keterangan dari pihak Bendahari, pihak JPA akan membayar yuran pelajar terlebih dahulu. Mesti di antara kita yang akan mempersoalkan kenapa mesti hanya RM500? UMD ingin menyatakan bahawa RM500 itu ditolak disebabkan penyata awal yang diterima oleh pihak JPA sebelum kita mendaftar subjek. Selepas kita mendaftar subjek, pihak JPA sekali lagi akan menolak segala yuran-yuran yang tertunggak. Sebenarnya pihak JPA telah mengurangkan beban kepada pelajar tajaannya kerana pelajar tidak perlu lagi bersusah payah untuk beratur di kaunter ataupun pergi ke mesin atm untuk menjelaskan yuran.

Jika anda sangsi tentang ketulusan dalam menguruskan duit untuk yuran anda, anda boleh memeriksa akaun ada di UMISISWEB pada setiap hari isnin, hal ini kerana pada hari isnin akaun pelajar akan di "update". Persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan kita ialah, kalau kita dah bayar yuran terlebih dahulu macam mana? Jawapannya, anda perlu menunggu sehingga segala urusan untuk meng"update" akaun ada selesai dalam UMISISWEB dan jika terdapat lebihan pada pembayaran yuran, anda boleh menuntutnya pada pihak bendahari. Sebarang masalah boleh rujuk di pejabat Bendahari atau boleh saja membuat panggilan 03-79673504

JADI?? JANGAN BUAT SEBARANG SPEKULASI JAHAT..BERTINDAK DAN BERFIKIR SECARA POSITIF..JANGAN BUSUKKAN NAMA  MAHASISWA.

Thursday 1 March 2012

Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya Kampus , Ada Agenda Disebalik?


Pada 27 Feb 2012, Satu pengumuman telah dibuat oleh pengarag Pusat Teknologi Maklumat mengenai sistem Pilihan Raya Kampus (PRK). UMD mendapati terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada Timbalan Naib Canselor (TNC) HEP mengenai isu ini.

UMD difahamkan bahawa PRK kali ini akan dibahagikan kepada lima Zon termasuk IPS. Terlalu banyak respon yang diperolehi, ada yang menyatakan sokongan dan ada pula yang menunjukkan rasa ketidakpuas hatian terhadap sistem baru yang dijalankan pada kali ini. Persoalan yang ingin UMD nyatakan adalah jika Penggerak Mahasiswa mahupun Pro-Mahasiswa mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam varsiti kesayangan mereka ini, tidak kira bagaimana halangan yang mendatang, pasti mereka boleh menguasai mejoriti kurusi yang dipertandingkan.

ZON 1
Akademi Pengajian Islam ( API )
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Akademi Pengajian Melayu (APM)
Fakulti Sastera dan Sains Sosial

ZON 2
Fakulti Bahasa dan Linguistik
Fakulti Pendidikan
Pusat Kebudayaan
Fakulti Undang-Undang
Fakulti Perakaunan dan Perniagaan

Zon 3
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Pergigian
Fakulti Perubatan
Fakulti Alam Bina

Zon 4
Fakulti Sains
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Pusat Sukan

Zon 1 dan Zon 2 merupakan bukan dari aliran Sains manakala Zon 3 dan Zon 4 merupakan dari aliran sains. UMD merasakan membahagikan kerusi umum kepada zon ini adalah wajar  kerana wakil yang bakal dipilih oleh mahasiswa dapat membela dan memperjuangkan kebajikan serta keperluan mahasiswa di setiap zon dan fakulti. Jika dilihat pada sesi 2010/2011, 2009/2010 dan sebelumnya, kita tidak dapat melihat pembangunan ataupun penambahbaikan kepada struktur dalaman mahupun luaran khususnya mahasiswa dan varsiti secara amnya. Program-program untuk membangunkan mahasiswa juga tidak banyak dan nasib-nasib mahasiswa dalam dan luar kampus kurang diberikan perhatian. Dengan adanya sistem ini membolehkan nasib mahasiswa lebih terbela malahan mahasiswa dari setiap zon dan bersama-sama dengan pemimpin pilihan mereka untuk menyatakan masalah dengan lebih mudah.

UMD dapat merasakan segelintir mahasiswa beranggapan bahawa setiap sistem zon yang telah diperkenalkan ini akan mengurangkan calon Pro-Mahasiswa dari API di peringkat kerusi umum. Namun  jika kita lihat kepada segi posotifnya, akan lebih ramai lagi golongan mahasiswa akan bangkit untuk membela nasib mahasiswa yang lain. Selain itu, setiap gerakan mahasiswa ini akan dapat meluaskan pengaruh meraka diseluruh varsiti dan bukannya lagi bergantung kepada fakulti-fakulti tertentu.


UMD berharap agar nasib mahasiswa di varsiti kesayangan kita ini akan dibela, kebajikan mereka dijaga, dan prestasi mereka dalam sahsiah mahupun akademik dapat diperbaiki. Kita perlulah menggunakan akal fikiran yang telah dianugerahkan dengan sebaiknya, tidak perlu mencari keburukan kepada sesuatu penambahbaikan dan jika penambahbaikan itu membawa keburukan secara jelas kepada kita. Maka perlulah sekiranya kita mengambil tindakan yang bijak. Maklumlah, kita ini bergelar mahasiswa. Jika kita bertindak tidak tidak menggunakan akal fikiran yang waras, wajarkah kita bergelar mahasiswa??

UMD akan sentiasa "update" maklumat kepada semua warga kampus.