Kenyataan tegas YDP Persatuan Sejarah Universiti Malaya mengenai program realiti Sejarawan Muda
Oleh : Mohd Firdaus bin Abdullah
Yang Dipertua Persatuan Sejarah Universiti Malaya
**UMD memohon maaf atas ralat lokasi ujibakat dan pensyarah ekologi.Lokasi ujibakat-UPM.Pensyarah ekologi-UPM**
**UMD memohon maaf atas ralat lokasi ujibakat dan pensyarah ekologi.Lokasi ujibakat-UPM.Pensyarah ekologi-UPM**
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya Mohd Firdaus Bin Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Sejarah Universiti Malaya Sesi 2011/2012. Disini saya merasa perlunya saya memberi sedikit ulasan mengenai program realiti terbaru di Malaysia iaitu Sejarawan Muda. Untuk pengetahuan semua, saya mendapat maklumat mengenai projek ini melalui ketua jabatan sejarah yang menyenarai pendek nama saya dan rakan-rakan saya yang lain bagi mewakili Universiti Malaya untuk ke program ini. Ujibakat ini akan dijalankan pada 22 Jun 2011 di fakulti Ekologi Upm. Pada hari yang dijanjikan, kami seramai 17 org telah pergi ke UPM bagi menjalani ujibakat yang diadakan. Pada pukul 9 pagi, kami dikumpulkan di Dewan Al-Farabi dan dikehendaki menjawab soalan objektif bagi menentukan 20 peserta terbaik bagi ke peringkat seterusnya. Saya akui memang akan ralat disini kerana pendekatan yang digunakan adalah tidak bersesuaian dengan objektif hendak mencari sejarawan muda Malaysia. Ini kerana untuk mencari sejarawan muda, pendekatan secara temuduga adalah lebih baik dan sesuai bagi menghakimi ketajaman, keintelektualan dan arifnya seseorang peserta mengenai sejarah Malaysia. Kaedah menjawab soalan objektif sememangnya boleh mendatangkan masalah yang besar nanti. Ini kerana berdasarkan keputusan soalan objektif ianya tidak melambangkan sepenuhnya nilai seseorg peserta tersebut. Mahukah sejarawan muda yang dianggkat nanti tidak lansung mempunyai pengetahuan displin sejarah. Ianya akan memberi kesan kepada bidang ilmu sejarah di Malaysia kerana sejarawan yang akan dilahirkan nanti akan menjadi ikon kepada masyarakat di Malaysia.
Berkaitan dengan soalan yang disajikan kepada kami, sekali lagi kami terkejut kerana soalan diberi bukanya soalan sejarah tetapi seolan yang berkaitan dengan kenegaraan. Relevankah objektif rancangan ini hendak mencari sejarawan muda tetapi soalan yang dikemukakann adalah jauh menyimpang dan lansung tidak masuk akal. Kami ada ditanyakan soalan mengenai sekolah wawasan, bioteknologi, belanjawan negara 2011 dan lain-lain lagi. Lebih baik menukar nama rancangan ini kepada negarawan muda bukannya sejarawan muda. Diakui sememangnya ada juga soalan sejarah yang ditanya tapi soalan yang dikemukan adalah sedikit jumlahnya dan lansung tidak berkualiti. Ada beberapa soalan yg dikemukan mempunyai jawapan yang semua betul. Oleh itu, mcm mana kami nak membuat keputusan untuk memilih jawapan yang betul kalau keadaan ini berlaku? Subjek Sejarah sebenar subjektif bukan nya objektif seperti bidang sains. Selepas selesai kami diminta untuk ditemuramah oleh mereka dan sekiranya tak silap rakaman ini adalah dari RTM. Dalam temuramah ini saya ada membidas pihak yang terlibat dengan mengatakan “Matlamat kami datang ke sini untuk menjawab soalan sejarah bukannya kenegaraan”. Dan saya ada bertanyakan kepada seorang petugas yang mulanya mengakui beliau mengubal soalan tersebut tetapi menarik balik dakwaan yang beliau menggubal soalan tersebut. Saya kemukan soalan yang sama tetapi beliau tidak menjawab soalan yang dikemukan oleh saya.
Ketika kami ditemuramah, diatas meja ada diletakkan soalan kepada pelajar sebuah IPTA yang lain. Yang anehnya soalan yang dijawab oleh kami adalah berbeza dengan soalan tersebut. Ini seoalah-olah menampakkan lagi kepincangan yang sudah ada kerana peserta yang akan terpilih kepada peringkat seterusnya adalah berdasarkan kepada jumlah markah yang tertinggi. Padahal bagaimanakah untuk menilai ekoran soalan yang sangat berbeza. Seolah-olah pemilihan ini tidak telus kerana kami melalui ranjau dan halangan yang berbeza tetapi pemilihan adalah dikatakan berdasarkan markah tertinggi. Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku???
Kami terpaksa menunggu lebih kurang 2 jam untuk mengetahui keputusan peserta yang layak ke peringkat seterusnya iaitu seramai 20 orang. Berdasarkan peserta yang datang ke ujibakat ini adalah datang dari UM, UKM, UPM, Lim Kok Wing dan orang pensendirian. Setelah menunggu akhirnya keputusan telah diumumkan. Hanya 5 orang sahaja peserta dari UM yang layak. Namun sedikit ralat kerana wakil ipta lain melebihi angka sepuluh. Dapat dilihat percaturan telah berlaku kerana setiap peserta yang datang dari institusi yang masing-masing mempunyai wakil yang layak ke peringkat seterusnya. Ada dalam kalangan kami yang sempat melihat markah secara sembunyi ketika peserta yang layak diumumkan. Namun alangkah terkejutnya, kerana markah kami kesemuanya lebih kurang sama markahnya. Sememangnya terdapat percaturan yang berlaku dan telah dirancang dengan rapi supaya tidak dapat dihidu oleh orang lain.Peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya telah diasingkan dan dilettakan dalam bilik khas untuk ditemuduga kepada peringkat seterusnya. Kami yang gagal mendapat tempat telah berkumpul diluar dan telah didatangi oleh seseorang yang mengaku beliau merupakan penyemak soalan bagi memilih peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Namun beliau sangat angkuh berkata-kata dan mengganggap kami seperti dedauanan hijau yang tidak tahu apa-apa. Banyak soalan yang dikemukan kami namun disebabkan beliau berkelulusan dalam bidang sains politik, beliau acapkali mengalih soalan dan cuba membawa perbincangan kepada isu lain. Disini kami merasakan terdapat kepincangan kerana soalan yang digubal bukan datangnya dari pakar sejarah tetapi datang daripada individu yang lansung tidak memahami apa itu sejarah. Kami juga diperlekehkan dengan sedemikian rupa dengan dakwaan bahawa suara kami tak akan didengari ekoran kami dilabel sebagai deduanan hijau yang tidak mengerti apa-apa. Saya ada cuba untuk melihat markah setiap peserta namun beliau cuba mengalih soalan tersebut kepada isu lain. Saya juga cuba meminta soalan yang diberikan kepada kami bagi dirujuk kepada pensayarah kami, namun idea ini telah dihalang oleh mereka. ini seoalah-olah mereka mempunyai agenda tertentu yang tersembunyi. Beliau berkata kenapa perlunya bimbang kepada peserta yang terpilih ke peringkat awal kerana ini baru peringkat awal bukan lagi gelanggan yang sebenar.Namun bagi kami, dari peringkat awallah yang sangat penting bagi memilih peserta yang betul-betul layak bagi memegang tanggungjawab sebagai sejarawan muda Malaysia.
Dalam saringan seterusnya, 20 orang peserta yang terpilih telah diletakkan dalam sebuah bilik dan diasingkan dari luar. Mereka akan diadili oleh juri yang datang perstuan sejarah Malaysia, pensyarah ukm dan upm. Namun ada sedikit ralat disini kerana kami berasa hairan kenapa pensyarah UPM dalam bidang ekologi dapat menjadi juri. Adakah bidang ekologi adalah sama dengan bidang sejarah. Kami rasa sangat jauh menyimpang dan tiada lansung juri dari UM. Dalam masa yang sama, berkaitan dengan peserta IPTA yang layak melebihi sepuluh angka tersebut, juri adalah pensyarah mereka. adakah adil keadaan ini berlaku dan diadili oleh pensyarah sendiri??? Kami sangat memandang serius dalm perkara ini kerana telah nampaknya kepincangan yang nyata dapat dilihat dengan mata kasar. Ada seorang peserta hanya berpandukan dengan buku sejarah PMR dan SPM layak ke peringkat seterusnya yang menewaskan mahasiswa dalam bidang sejarah dari IPTA tertentu? Kami merasa pelik bagaimanakah kedaan ini boleh berlaku sedangkan objektifnya dalah untuk mencari sejarawan muda. Dikatakan sejarawan muda dimenangi oleh peserta yang mempunyai latar belakang bidang akademik yang berlainan misanya bidang undang-undang, adakah mungkin beliau akan memperjuangkan bidang sejarah selepas itu? Sama-sama kita fikirkan. Sejarah adalah subjektif dan tidak boleh diprogramkan. Sekiranya kedaan ini berlaku, sia-sia sahaja pencarian sejarawan mkuda yang tidak mungkin akan mencapai objektifnya.
Kami juga mendapati, ujibakat di Melaka ditunda? Kenapa harus jadi begini? Sekiranya perancangan rapi telah dibuat, jadi taiada sebarang masalah akan berlaku. Ini menampakkan lagi agenda yang tersembunyi oleh pihak yang terlibat. Kami bersuara bukannya bersedih kerana tidak terpilih namun kami merasa sangat prihatin mengenai bidang yang dipelajari oleh kami di Universiti Malaya. Kami sudah nampak kepincangan dari awal, adakah salahnya kami bertindak bagi memberi respon terhadap rancangan ini. Siapa lagi akan bertindak kalau tidak dari pihak kami. Oleh itu, kami sebulat suara memboikot rancangan sejarawan muda. Sekian, terima kasih.
____
Bagi pihak UMD,kami memohon respon daripada penganjur bagi menjelaskan keadaan sebenar