Thursday 24 November 2011

Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur bukti Malaysia tidak gentar dengan kuasa besar




Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur, 19-22 November, Bangunan Yayasan Al-Bukhary.

Saya berkesempatan menerima jemputan dari seorang sahabat saya untuk menghadiri dan menyaksikan Tribunal Jenayah Perang terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush dan mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair yang didakwa atas kesalahan jenayah perang di Iraq pada tahun 2003 dan telah berlangsung di Bangunan Yayasan Al-Bukhary. Tribunal tersebut telah diusahakan oleh Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tribunal tersebut dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Sulaiman dan hakim-hakim yang lain adalah Tun
ku Sofea Jewa, Prof Salleh Buang, Prof Emeritus Dr.Shad Saleem Faruqi (Pensyarah Undang-Undang UiTM) dan Encik Alfred L Webre. Tribunal berlangsung selama lima hari yang menyaksikan hujah-hujah dari barisan peguam pendakwa dan peguam pembela. Walaupun hampir seluruh dunia mengutuk peperangan di Iraq namun masih terdapat pihak pembelaan dan ini menunjukkan tidak ada sesiapun yang bersalah seh
ingga dibuktikan bersalah.
Pihak peguam pendakwa telah mengemukan hujah-hujah bahawa peperangan yang dilancarkan keatas Iraq adalah tidak wajar dan telah melanggar piagam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakala pihak pembelaan pula membela dengan menggunakan bukti-bukti daripada Jabatan Pertahan Amerika Syarikat.
Saya juga sempat bertemu dan berbual dengan seorang warga Amerika Syarikat bernama Dan Kimball yang hadir ke tribunal itu. Beliau menyatakan rase kecewa dan sedih menjadi rakyat Amerika Syarikat kerana melakukan kekejaman seperti peperangan di Iraq. Oleh kerana itu, beliau memutuskan untuk berpindah keluar dari Amerika Syarikat dan memulakan perniagaan berasaskan IT di Singapura dan bakal memindahkan operasinya ke Cyberjaya tidak lama lagi. Isteri beliau merupakan salah seorang aktivis yang telah melawan arus kerajaan Amerika Syarikat dengan mencari dana bagi membeli ubat-ubata
n dan menghantarnya ke Iraq semasa Iraq dikenakan sekatan oleh PBB yang didalangi oleh Amerika Syarikat. Beliau amat terharu dan gembira deng
an warga Malaysia kerana biarpun sebuah negara kecil namun kita tetap mengambil berat dalam memastikan keamanan dunia. Apa yang saya dapat simpulkan disini ialah, bukan semua warga Amerika Syarikat yang kejam atau jahat tetapi yang kejam adalah Kerajaan Amerika Syarikat.
Setelah lima hari bersidang Tribunal tersebut mendapat Bu
sh dan Blair BERSALAH atas dakwaan yang dikenakan yakni Kedua-dua tertuduh telah melakukan Jenayah terhadap Keamanan dimana tertuduh-tertuduh the merancang, bersedia dan mencabul kedaulatan negara Iraq pada 19 Mac 2003 yang melanggar Piagam PBB d
an Undang-Undang Antarabangsa. Semasa pandangan kehakiman dibacakan, saya hampir tertawa apabila memikirkan keangkuhan dan kebodohan pemimpin seperti Bush dan Blair. Antara perkara-perkara yang digunakan sebagai bukti ya
ng menarik perhatian saya ialah ;
i) Amerika Syarikat telah menggunakan Kajian Ilmiah (
Thesis) seorang pelajar untuk dijadikan laporan perisikan (Intelligence Report) yang menyatakan Iraq memiliki senjata pemusnah (Mass Destruction Weapon).
ii) Sehingga ke hari ini, senjata yang dinyatakan yakni Mass Destruction Weapon tidak
dijumpai.

iii) Walaupun Bush & Blair sedar dan telah dinasihati oleh Pegawai Undang-Undang mereka
bahawa peperangan ini melanggari Undang-Undang Antarabangsa tetapi ia tetap dilakukan.

iv) Amerika Syarikat pernah membekalkan/menjual senjata kepada Iraq.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang saya rasakan amat unik. Ini kerana, semasa Perang Dingin, Amerika telah membekalkan senjata kepada Mujahedeen di Afghaninstan bagi menentang pihak Soviet pada ketika itu. Setelah Afghanistan merdeka dari Soviet, Muhajidin kemudian telah dikenali sebagai Taliban telah diseran
g semula oleh Amerika Syarikat pada tahun 2001.

Keputusan Tribunal ini akan dihantar ke Geneva dan walaupun Malaysia adalah sebuah negara kecil dan tidak mempunyai kuasa sebesar Amerika Syarikat untuk menghukum pesalah perang namun Bush dan Blair sebagai manusia perlulah merasa sedikit cubitan atas hukuman yang telah dijatuhkan kepada mereka. Akhir kata, pada pendapat peribadi saya ialah, Amerika Syarikat adalah musuh yang “dijemput” oleh proksi-proksi tertentu untuk memusnahkan Iraq. Siapa musuh yang sebenarnya menjadi persoalan…? Tepuk dada, Tanya selera…..

Ditulis oleh : Malik Syam Mohd.Latiff