Thursday 24 November 2011

Cadangan kemasukan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia di dalam kampus di sambut baik



Oleh : Sharaimei Shaik Ahmedullah

Wujudkan KR1M di IPT

PUTRAJAYA 21 Nov. – Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) meminta kerajaan menimbangkan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia di setiap kampus universiti.

Cadangan tersebut terkandung dalam kertas kerja Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diadakan di sini, hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usul tersebut dibuat memandangkan penuntut universiti juga tidak terkecuali daripada menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Kita sedang menimbangkan cadangan itu dan ia disambut baik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kebetulan ada bersama.

Pada saya kenapa mereka perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat itu dan saya juga tak nampak sebarang sebab kita tak boleh memperluaskannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mesyuarat tersebut merupakan platform yang diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan suara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu nasional didengari.

Menurut Mohamed Khaled, majlis perundingan tersebut juga menerima cara dan kaedah kerajaan dalam melaksanakan program bantuan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu, ketika ditanya situasi semasa penuntut Malaysia di Mesir, beliau berkata, kerajaan sentiasa peka dan memantau situasi di sana.

“Kerajaan telah menghubungi pejabat penuntut Malaysia di sana supaya dapat menghebahkan dan memberi nasihat kepada penuntut supaya berhati-hati dengan keadaan tidak menentu-Utusan Malaysia

________

UMD menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu mahasiswa dalam menanggung kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur.Terima kasih atas keperihatinan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan kerajaan Malaysia