Thursday 24 November 2011

Malam Kebudayaan Melayu membuka ruang untuk kenali kebudayaan bangsa

Universiti Malaya,23 November 2011-Malam Kebudayaan Melayu (Bagai Aur Dengan Tebing) yang diadakan di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (KK10) telah melabuhkan tirainya.Program ini adalah anjuran Pujangga Tradisi Enterprise dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Malaya,E Sastera Malaysia,Kunang-Kunang Production dan Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi.Antara persembahan yang diadakan ialah fragmen randai (penggiat seni ASWARA),deklamasi sajak,monolog,Tarian Melayu,sketsa,deklamasi puisi.Antara yang menarik ialah deklemasi sajak oleh saudara Vicky dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.Sajak bertajuk Tanah Air Mata Kami disampaikan dengan baik dan lancar.Program seperti ini dapat menarik lebih ramai pelajar daripada luar negara untuk mengenali dan mempelajari budaya orang Melayu dan Kolej Kediaman Kesepuluh adalah lokasi yang strategik kerana menjadi tempat penginapan untuk program pertukaran pelajar dari luar negara.Semoga program-program kebudayaan seperti ini dapat ditingkatkan pada masa akan datang supaya pelajar-pelajar khususnya pelajar antarabangsa lebih kenal akan keunikan budaya di Malaysia seterusnya memberi imej yang positif kepada negara amnya-UMD