Tuesday 22 November 2011

Disebalik kemenangan Malaysia


Tahniah Skuad Harimau Muda kerana berjaya merangkul emas menewaskan Indonesia dalam penentuan penalti.Kejayaan ini lebih manis apabila seluruh negara mendoakan kejayaan pasukan Harimau Muda ini.Saya kira seluruh negara berdebar-debar dengan corak permainan yang saya kira seimbang apabila masuk separuh masa kedua.Tambahan pula kedua-dua negara dilihat mempunyai peluang yang sama dari segi corak permainan.Namun di sini apa yang saya ingin kongsikan ialah berlaku insiden-insiden yang saya kira sebagai membunuh semangat kesukanan.Pertamanya penyokong Indonesia membakar kaunter tiket akibat berang akibat tiket untuk perlawanan akhir habis dijual.Pada pandangan saya,ini adalah satu insiden yang cukup memberi kesan kepada pandangan masyarakat dunia terhadap tahap mentaliti masyarakat di Asean belum mencapai tahap kelas pertama.Ini dapat membuktikan lagi bahawa hubungan baik antara negara-negara Asean khasnya Malaysia-Indonesia adalah sekadar retorik bagi menampakkan wujudnya perpaduan yang kuat antara Asean supaya dapat memberi imej yang positif kepada rantau-rantau yang lain. Unsur-unsur penghinaan terhadapt lagu kebangsaan,jalur gemilang juga seakan menjadi lumrah apabila berlaku pertembungan antara kedua negara ini.



Dalam kehangatan meraikan kemenangan Malaysia saya terkejut akan satu halaman yang dibuat bagi mengutuk Fakri Saarani iaitu Fakri Saarani=Rubbish.Saya secara peribadi tidaklah begitu mengikuti perkembanga pemain-pemain tanah air secara konsisten.Namun apa yang dikesali disini ialah 'penyakit' yang saya kira melanda masyarakat kita pada hari ini ialah penyakit benci-membenci ditambah lagi dengan kepesatan penggunaan laman-laman sosial seperti Facebook yang memudahkan akses kepada perkara-pekara negatif ini.Apa yang saya lihat disini ialah masyarakat kita selalu mengatakan bahawa rakyat Indonesia tidak mempunyai tamadun lantaran sikap mereka yang terlalu fanatik kepada bola sepak tetapi apa yang masyarakat kita perlu renung kembali ialah kita juga sebenarnya menuding jari kepada diri sendiri.Saya tidak kata semua masyarakat Malaysia seperti itu namun segelintir ini yang berusaha mempengaruh sebilangan yang lain dan memburukkan lagi perpaduan dalam masyarakat.Pada hemat saya,sukan adalah medium yang begitu berkesan dalam menyatupadukan masyarakat tidak kira fahaman politik.Jadi jangan cemarkan sukan dengan anasir-anasir negatif seperti ini.Negara pada hari ini amat memerlukan lebih ramai "Doktor" dalam bidang masyarakat bagi menangani perkara-perkara seperti ini.Kalau bukan kita yang mendidik masyarakat kita,siapa lagi?-UMD