Wednesday 19 December 2012

Fenomena Program Jati Diri Mahasiswa Tahun Pertama


Universiti Malaya, 4 Disember 2012 - Program Jati Diri Mahasiswa Tahun Pertama yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya pada 30 November hingga 2 Disember 2012 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peserta. Program ini telah disertai oleh 93 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa tahun pertama dari Fakulti Perubatan, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Alam Bina, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran serta Fakulti Sains. Sasaran awal peserta pada mulanya dianggarkan sekitar 70 orang namun penyertaan program pada kali ini melebihi dari apa yang dijangkakan.

Program Jati Diri ini dibangunkan bagi meningkatkan pengetahuan dan sikap minda positif peserta dalam membangunkan potensi kepimpinan diri, semangat patriotisme, kenegaraan dan membina jati diri sebagai mahasiswa warganegara Malaysia yang mempunyai wawasan, halatuju dan matlamat hidup yang betul dan jelas, menyokong kemajuan dan kestabilan negara, serta cintakan agama, bangsa dan negara. Selain itu, program ini juga menerangkan tentang unit-unit yang terdapat di Bahagian Hal Ehwal Pelajar agar peserta dapat pergi ke saluran yang betul sekiranya menghadapi masalah. Program ini juga menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti outdoors yang menarik seperti treasure hunt dan paintball yang dapat membina kerjasama dan ketahanan diri peserta.

Salah seorang peserta yang sempat ditemuramah memberitahu, modul program ini sangat bermanfaat kepada dirinya selaku mahasiswa tahun pertama serta bertepatan ke arah melahirkan mahasiswa yang kukuh jati dirinya bagi menghadapi cabaran dan dugaan sepanjang 4 tahun pengajian di Universiti Malaya. Beliau jturut berpendapat program ini juga dapat menghilangkan tekanan yang dihadapinya akibat jadual pengajian yang padat serta mendapat suntikan semangat yang baru untuk belajar bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Seorang lagi mahasiswa tahun pertama yang ditemuramah pula memberitahu bahawa dirinya amat seronok kerana mendapat ramai kenalan baru yang terdiri dari pelbagai fakulti selain begitu teruja dengan pengalaman pertamanya bermain paintball. Beliau turut menambah bahawa kemudahan penginapan, dewan seminar dan tempat beraktiviti adalah sangat baik, jauh terpesong daripada persepsi awalnya sebelum menghadiri program tersebut. Beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang agar peluang ini turut dapat dirasai oleh mahasiswa tahun pertama yang lain.


 
Syabas diucapkan kepada para peserta dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.


Tuesday 18 December 2012

PTM Ambil Serius Isu WiFi


ISU MASALAH WiFi DI UNIVERSITI MALAYA:

Untuk pengetahuan rakan-rakan sepanjang bulan ini Pusat Teknologi Maklumat (PTM) hanya menerima 5 aduan sahaja berkaitan dgn masalah WiFi di UM. Saya tahu ramai pelajar yang mengalami masalah WiFi samada di Fakulti mahupun di Kolej Kediaman terutamanya. Untuk itu saya mohon rakan-rakan membuat aduan di http://helpdesk.um.edu.my/ sekiranya anda mengalami masalah dengan capaian WiFi.

*Tolong nyatakan masalah anda dengan terperinci. Pihak PTM akan mengambil tindakan yang segera. Ini kerana YBhg. Tan Sri Ghauth Jasmon, Naib Canselor telah mengeluarkan arahan agar pelajar UM diberikan kemudahan WiFI dalam kondusi yang terbaik dan pihak PTM sememangnya berusaha ke arah itu.

**Mohon rakan-rakan semua ambil tindakan dengan membuat aduan di saluran yang betul. Sama2 kita tangani masalah WiFi di kampus kita.

Terima kasih atas kerjasama dan rasa tanggungjawab semua.

TNYDP1 - Ahmad Syahmi Naim Bin Mohd

MPPUM 12/13 ~ "MENJULANG SUARA SISWA"