Universiti Malaya juara Pesta Pantun Bestari IPT 2011
Universiti Malaya,14 November 2011-Pesta Pantun Bestari IPT 2011 telah menutup tirainya dengan menyaksikan Universiti Malaya berjaya mendapat johan sementara Universiti Islam Antarabangsa di tempat kedua.Menurut salah seorang pemantun yang berjaya ditemuramah,Mohd Syahrul Sopian bin Sulaiman berkata "Pesta ini merupakan medan yang terbaik bagi masyarakat masyarakat kita mengenali dengan lebih mendalam keindahan warisan Melayu dan memperkenalkan lagi kebudayaan kita supaya tidak lenyap ditelan arus zaman.Disamping itu peranan mahasiswa sebagai agen promosi dan golongan yang meneruskan warisan ini supaya generasi akan datang akan terus menghargai dan mencintai kebudayaan sendiri".Pesta ini dianjurkan oleh kolej Kediaman Bestari (Kolej Kediaman Keempat) Universiti Malaya.Berikut adalah senarai pemantun yang berjaya mengharumkan nama Universiti Malaya :
1) Mohd Syahrul Sopian Sulaiman
2)Mohd Amir Abdullah
3)Mastini Ahmad
4)Arnee Farzana Mohd Nurdin
3)Mastini Ahmad
4)Arnee Farzana Mohd Nurdin
Di pihak UMD,kami mengucapkan jutaan tahniah kepada para perserta serta mereka yang membantu secara langsung atau tidak langsung.Semoga banyak lagi kejayaan seperti ini dapat dirangkul oleh Universiti Malaya pada masa akan datang-UMD