Wednesday 21 December 2011

Gergasi mahasiswa telah bangkit

Putrajaya,21 Disember 2011-Satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa Pro Aspirasi yang turut disertai oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Jaringan Melayu Malaysia berakhir dengan aman petang tadi.Antara perkara yang dibangkitkan pada perhimpunan ini ialah mendesak kerajaan Malaysia mengkaji semula cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).Perhimpunan ini juga bertujuan menyatakan sokongan kepada kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.Dianggarkan lebih daripada 900 pelajar termasuk alumni Aspirasi berkumpul di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi.Perhimpunan aman ini telah mendapat permit daripada pihak polis dan diketuai oleh Pengerusi Aspirasi Mohd Shahar Abdullah.Dalam pada itu juga beliau merasmikan Peace Campus sebagai satu usaha pihak Aspirasi dalam menjaga keamanan kampus."Kita akan buat jelajah di seluruh IPT" tegasnya lagi.Perhimpunan aman ini juga mendapat sokongan lebih ramai mahasiswa berbanding demonstrasi yang dilakukan oleh BEBAS dan SMM beberapa hari lepas.Perhimpunan aman ini jelas memberi mesej kepada rakyat Malaysia bahawa masih ramai mahasiswa menyokong kerajaan yang sedia ada dan memberi tamparan hebat kepada pihak SMM dan BEBAS yang mewakili minoriti mahasiswa.Perhimpunan ini berakhir dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa-UMD