Thursday 1 December 2011

Kelainan dalam pembelajaran zaman kini

PERPUSTAKAAN Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor milik Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mencipta keunikan tersendiri dengan menawarkan kemudahan bertaraf dunia kepada masyarakat. Antara paling menarik perhatian ialah teater enam dimensi (6D) menjadikan satu-satunya perpustakaan di dunia yang memiliki kemudahan itu. Perpustakaan itu turut menyediakan kemudahan tempat pembacaan kanak-kanak, ruangan teknologi maklumat dan multimedia. Perpustakaan ini memiliki mini gimnasium bagi memberi peluang pengunjung membaca sambil beriadah selain dikelilingi pemandangan menghijau yang mendamaikan jiwa. Tidak ketinggalan, peralatan teknologi canggih seperti komputer, auditorium dan peralatan serba mewah demi keselesaan pengunjung. Perpustakaan ini menyediakan pelbagai bahan bacaan merangkumi kesihatan, sukan dan kejuruteraan. Kemudahan menjadi ahli adalah percuma. Kepada mahasiswa yang ingin mencari kelainan untuk belajar, tempat ini adalah yang paling sesuai. Konsep santai yang diperkenalkan sangat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh mahasiswa dalam menimba ilmu. Jom kita ke sana untuk mencari kelainan dalam menimba ilmu-UMD