Tuesday 1 November 2011

Aduhai rakyat Malaysia

Sedih dan kecewa.Itulah gambaran yang benar-benar tepat mengenai segelintir penyokong bola sepak yang fanatik dengan politik.Diberitakan bahawa terdapat sekumpulan penyokong Terengganu membawa bendera PAS semasa menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.Kefanatikan ini mengundang seribu kekesalan kerana mereka langsung tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat.Sukan bukanlah gelangang untuk mempamerkan siapa jaguh dalam politik.Sukan bertujuan menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat tidak kira fahaman politik.Inilah yang dikatakan terlalu taksub dan sikap seperti ini akan membawa kepada lebih banyak perpecahan.Cukuplah kita berpecah belah dalam politik,jangan ditambah garam pada luka dengan mengheret sukan yang sepatutnya menjadi gelangang untuk menyatupadukan rakyat.Kepada mereka yang berkenaan,tolonglah matang dalam berpolitik!Jangan tunjukkan sikap budak-budak kepada masyarakat yang boleh membuatkan mereka meluat dan menyampah-UMD