Wednesday 2 November 2011

Hujan lebat mengakibatkan kesesakan lalu lintas

Hujan lebat berserta ribut sekitar jam 5 petang tadi mengakibatkan kesesakan lalu lintas terutamanya jalan keluar menuju ke pintu pagar utama Universiti Malaya.Cuaca hujan pada waktu petang semenjak akhir bulan lepas dijangka akan berlarutan sepanjang bulan November ini.Terdapat kawasan-kawasan dilanda lumpur seperti di sekitar fakulti Kejuruteraan dan banyak pokok yang tumbang akibat dilanda ribut.Kepada mereka yang membawa kenderaan dinasihati agar merancang perjalanan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada terperangkap daripada kesesakan lalu lintas.Mereka juga disarankan agar berkongsi kenderaan bagi mengurangkan jumlah kereta yang keluar masuk terutamanya dalam cuaca yang tidak baik ini-UMD