Thursday 3 November 2011

Hujan lebat,warga kampus dinasihatkan berhati-hati

Universiti Malaya.3November 2011-Hujan lebat dan jalan yang licin yang berlanjutan setiap petang menyebabkan seorang penunggang motosikal wanita mengalami kemalangan kecil di hadapan kolej Kediaman Kedua.Seluruh warga kampus dinasihatkan berhati-hati semasa menaiki kenderaan terutamanya di selekoh-selekoh tajam yang licin akibat hujan.Bagi yang menaiki bas dan berjalan kaki juga dinasihatkan agar merancang perjalanan anda terutamanya kepada mereka yang mempunyai kelas di waktu petang bagi mengelakkan kesulitan menghadiri kelas.JPPHB diminta memantau kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan berlaku kemalangan di sekitar Universiti Malaya bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang-UMD