Friday 4 November 2011

Perkasa hantar memorandum bantah penganjuran program Seksualiti Merdeka

Kuala Lumpur,4 Nov-Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah menyerahkan satu memorandum bantahan mengecam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.Perhimpunan bagi menyerahkan memorandum bantahan ini dilakukan selepas solat Jumaat di Masjid Negara.

Penyerahan memorandum itu diketuai oleh Timbalan Presiden Perkasa Dato Rahman Bakar,bersama-sama Setiusaha Agung,Ketua Wira dan beberapa Ahli Dewan Tertinggi.

Irwan Fahmi Ideris mewakili WIRA Perkasa menggesa orang Melayu supaya bersatu padu dan mengetepikan perbezaan politik bagi menolak gejala homoseksual sambil mengecam Majlis Peguam kerana menyokong program Seksualiti Merdeka,Beliau berkata peguam-peguam tidak layak untuk dipanggil sebagai peguam jika memberi sokongan kepada program Seksualiti Malaysia (dipetik daripada halaman rasmi Perkasa)

Sementara Dato Rahman Bakar pula berkata “program seksualiti merdeka benar benar telah menghina kesucian Islam dan perkara ini perlu di halang dengan apa cara sekali pun”.

“Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan dan oleh yang demikian, program yang boleh mencemar kesucian agama Islam harus diharamkan” katanya lagi.


Kumpulan itu bergerak daripada perkarangan Masjid Negara ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tidak jauh dari situ-UMD