Friday, 4 November 2011

AUKU : Antara keperluan dan kehendak

Keputusan mahkamah rayuan baru2 ini mengejutkan banyak pihak dan sudah tentu akan mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat khususnya golongan mahasiswa.Isunya mengenai seksyen 15 (5) (a) mengenai larangan kepada mahasiswa menyatakan sokongan atau menyertai mana-mana parti politik.Disini saya ingin memfokuskan mengenai kesan jangka panjang jika mahasiswa terlibat dalam politik kepartian sama pihak pembangkang mahupun kerajaan.Jika dilihat pada pemerhatian saya mengenai politik kampus,adakah mahasiswa benar-benar matang dalam berpolitk?Jika kita imbas kembali rentetan peristiwa kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam sekitar 3 tahun dahulu dan isu kehilangan calon semasa pilihanraya kampus semester lepas dapat memberi gambaran bahawa kematanga n itu masih tidak jelas dengan merujuk kepada kes-kes berkenaan yang saya lebelkan sebagai fenomena politik yang kotor.Walaupun ianya hanya melibatkan politik kampus namun gambaran itu saya kira sebagai jelas bahawa di mana-mana pun jika kita sebut sebagai politik ia akan menggambarkan politik sebagai satu perkara yang kotor dan tidak disukai oleh mahasiswa.Bukan semua mahasiswa adalah partisan kepada mana-mana parti politik.Ada juga yang bersikap berkecuali dan cuma memandang politik itu sebagai sesuatu yg kotor.Perlu diberi perhatian bahawa ini cuma politik kampus dan bukannya mahu memegang tampuk pemerintahan negara.Jika skop politik yang kecil ini pun mahasiswa tidak dapat menunjukkan kematangan dan tidak mencerminkan fenomena politik yang bersih,maka bagaimana kita boleh terlalu yakin bahawa dengan menyertai politik di luar sana,mahasiswa akan bebas daripada politik yang kotor.Siapa boleh menafikan permainan gambar super impose,menabur fitnah yang kerap kali kita dengar.

Antara keperluan dan kehendak

Saya percaya bahawa antara pelajaran dan politik,pelajaran itu lebih utama.Tidak wujud soal perkembangan intelektual mahasiswa jika tidak terlibat dalam politik.Perkembangan intelektual itu bukan terletak pada politik sebagai kayu ukurnya.Semua itu adalah alasan semata-mata bagi memenuhi kehendak dan memuaskan hati golongan-golongan tertentu yang begitu kemaruk ingin mengambil tampuk pemerintahan negara dan berselindung di sebalik slogan-slogan keintelektualan yang berusaha mendesak agak kerajaan menghalalkan mahasiswa terlibat dalam politik kepartian.Kalau ada yang berpendapat dengan menyertai parti politik boleh mengembangkan keintelektualan,apa hujah mereka?Saya cabar mereka kemukakan!

Kebanyakkan mereka yang begitu sibuk berbicara mengenai AUKU yang merantai dan menyebabkan keintelektualan mahasiswa menjadi mati,ialah golongan yang datang dari zaman AUKU.Jadi lebih baik kita label mereka sebagai seorang mahasiswa yang lesu dan mati intelektualnya kerana AUKU kerana mereka juga datang dari zamannya!

Lebih malang lagi,ada antara mereka yang ingin memansuhkan AUKU itu sama sekali tanpa melihat langsung seksyen-seksyen lain dalam AUKU.Inilah yang mereka gambarkan sebagai 'matang'.Begitu lancang berkata-kata,tanpa mengetahui apa yang dikatakannnya.Saya teringin melihat pelajar apabila mereka berkata mengenai AUKU,tetapi apabila ditanya apa itu AUKU dan mereka tidak dapat menjawabnya dengan baik lantas pucat dan malu disitu.

Sebenarnya apabila dikatakan kematian kepada keintelektualan itu adalah mereka tidak mampu mengkritik dalam blog-blog,dalam status laman-laman sosial.Tetapi ia tidak berlaku sama sekali.Begitu banyak laman-laman milik peribadi atau organisasi mahasiswa yang lantang mengkritik dan tak kurang juga meyokong tetapi dalam masa yang sama begitu kritis.Adakah mereka tidak melihat ini sebagai satu penyuburan intelektual?Pada pandangan saya,keintelektual dalam mengkritik itu perlu tetapi perlulah disertai dengan hujah-hujah berfakta dan bukanlah dengan serkap jarang.

Saya kira tiada ibu bapa menghantar anak mereka ke Universiti dengan harapan anaknya akan menjadi seorang ahli politik yang hebat.Adakah kita pernah dengar bahawa di akhir semester,apabila keputusan peperiksaan keluar mereka akan bertanya mengenai dunia politik.Saya pasti mereka akan bertanya mengenai 'pointer' mereka.Jika merosot pasti mereka akan ditanya adakah mereka ini tidak fokus dalam kelas atau mungkin ada ibu bapa yang akur dan menyokong sekirannya jatuh 'pointer' itu tidak apa janji hebat dalam politik.Jika ada,itu amat mengejutkan!

Siapa dapat menafikan bahawa mahasiswa merupakan individu yang bergitu berat tanggungjawabnya dan banyak tugasannya.Tugasan,tutotial,latihan ilmiah,praktikal.Semua itu menjadi asam garam mahasiswa bagi mempersiapkan diri dalam bidang pekerjaan nanti.Adakah anda dapat menerima sekiranya seseorang mahasiswa itu terlibat dalam politik dan dalam masa yang sama mereka juga turut melakukan praktikal di sekolah-sekolah sebagai guru misalnya,kemudian terpaksa hadir ke konvensyen-konvensyen parti politik dan mengabaikan tugas sebagai seorang guru praktikal,adakah anda rasa anda akan menerima tindakna-tindakan seperti itu?Bayangkan jika ia berlaku di dalam kampus.Satu bilik kuliah adalah mereka-mereka yang berada dalam parti yang sama.Terlibat dalam satu majlis wajib bagi parti politik dan meninggalkan kuliah secara beramai-ramai.Siapa yang akan rugi sebenarnya.Mahasiswa itu sendiri!

Saya juga turut mengkritik cadangan Dato' Saifuddin Abdullah yang menyokong sekiranya mahasiswa dibenarkan dalam politik.saya kira itu bukan sebagai memahami jiwa muda orang muda tetapi lebih kepada surival politik peribadinya tanpa melihat apakah kesan yang bakal berlaku sekiranya mahasiswa dibenarkan berpolitik.Kepada Dato' Saifuddin,mungkin anda boleh membuat satu thesis mengenai perkara ini dan kajilah sedalam-dalamnya.

Kesimpulannya,banyak perkara yang saya kira sebagai perlu diteliti dan diperhalusi.Saya menyokong sekiranya kita perlu melihat daripada pelbagai aspek,namun pelbagai apek itu juga perlu dihubungkaitkan dengan kesan-kesan yang bakal dilalui oleh mahasiswa.Fikir-fikrkanlah- UMD