Saturday, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Universiti malaya,5 Nov 2011- Sejak 2 hari yang lalu mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya sudah mula beransur sedikit demi sedikit untuk pulang ke rumah bagi menikmati cuti pertengahan semester pertama sesi 2011/2012 setelah perjalanan dirancang dengan teliti. Pastinya ramai di antara mahasiswa mahupun mahasiswi sudah mempunyai rencana masing-masing bagi mengisi kekosongan pada waktu cuti ini. Dinasihatkan supaya anda mengisi masa lapang anda dengan perkara yang berfaedah dan memberi manfaat kepada diri anda dan juga orang disekeliling.

Di kesempatan ini, UMD ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha bagi warga kampus universiti Malaya khususnya dan umat islam diseluruh dunia amnya. Marilah kita mengambil iktibar dari ibadah korban yang dilakukan semasa eidul adha ini. Pengorbanan besar yang tiada tolok bandingnya yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S yang sangggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatan di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Peristiwa ini sentiasa mengingatkan kita bahawa hidup ini memerlukan pengorbanan dan keikhlasan untuk berjaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat bercuti-UMD