Monday, 7 November 2011

Surat pembaca : Teruskan usaha UMD!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pertama sekali cukuplah memperkenalkan diri sebagai Hazim.Tahniah dan syabas diucapkan kepada UM Daily kerana berjaya membuka satu laman alternatif kepada mahasiswa dalam mengutarakan isu-isu semasa dalam dan luar kampus.

Saya tertarik dengan cara penulisan yang dikemukakan oleh pengarang-pengarang UMD yang ternyata begitu peka dengan isu-isu semasa.Namun disini saya juga ingin melahirkan kebimbangan iaitu ada benarnya apa yang diutarakan oleh ketua pengarang UMD,saudari Nurul yang melahirkan rasa dukacita mengenai banyaknya media alternatif yang dibina dan maklumat-maklumat yang disampaikan adalah kebanyakannya tidak tepat dan terdapat usaha untuk melaga-lagakan pihak-pihak tertentu.Di tahun akhir pengajian ini saya dapat lihat bahawa pelbagai blog dan laman yang menyediakan berita-berita untuk tatapan umum khasnya warga Universiti Malaya.Jika dahulu pasti kita pernah mendengar mengenai Umtoday.Berita yang dibawa oleh mereka adalah sangat-sangat mengecewakan.Ia bukan satu laman yang memberi maklumat tetapi lebih kepada provokasi.Disini saya juga menyokong sekiranya terdapat satu laman yang dibina khas untuk membalas balik berita-berita palsu yang dikemukakan oleh laman-laman sebegini.

Kini terdapat lagi 2 laman yang saya kira sebagai pesaing kepada UMDaily iaitu Gazebodaily dan Umkini11.Pada padangan saya kedua-dua laman ini juga bertujuan menyampaikan maklumat kepada mahasiswa.Jadi biarlah sesuatu maklumat yang ingin disampaikan itu tepat dan telus.Umkini11 contohnya menyiarkan berita mengenai kritikan YDP MPMUM 2009/2010 kepada pimpinan MPMUM 2010/2011 yang ternyata tidak benar dan palsu...Perkara ini telah disahkan sendiri oleh saudara Khairul Anuar Abu Kassim (YDP MPMUM 2009/2010) adalah tidak benar dan memfitnah.

Persolannya disini,adakah UMkini 11 telah mengesahkan sendiri surat berkenaan ditulis oleh Saudara Khairul Anuar Abu Kassim?Sepanjang saya mengikuti perkembangan kepimpinan UM,saya dapat saudara Khairul Anuar adalah individu yang paling banyak menerima fitnah.Persoalannya juga adakah trend media baru atau alternatif kini menggunakan sesuatu isu fitnah untuk mempopularkan laman mereka.Memang benarlah dunia kini telah berada di akhir zaman.

Besar harapan saya untuk melihat UMD yang baru muncul ini dapat memberi maklumat-maklumat yang tepat untuk menangkis segala fitnah yang dikeluarkan oleh media-media baru yang tidak bertannggungjawab.Gunakanlah segala ruang dan peluang yang ada untuk memberi ilmu kepada masyarat dan mahasiswa kerana pada anggapan saya,pemilik laman-laman seperti ini adalah gologan yang rajin mencari informasi dan orang yang rajin ini pastinya akan mempunyai ilmu yang perlu dikongsi kepada semua.Akhir kata,teruskan usaha UMD!

Jawapan UMD

Terima kasih kepada saudara Hazim yang mengikuti perkembangan UMD.Insyallah kami akam melakukan yang terbaik bagi memastikan mahasiswa semua diberikan informasi yang tepat dan telus.Kami juga melahirkan kebimbangan sejak awal lagi penubuhan banyak media-media alternatif yang mengeluarkan sesuatu berita tanpa usul periksa.Terima kasih sekali lagi kepada saudara atas respon.Teruskan mengikuti kami di UMD-Nurul


(klik untuk membesarkan imej)