Monday, 12 December 2011

Kem Jati Diri Mahasiswa buka minda mahasiswa tahun pertama



Universiti Malaya,12 Disember 2011-Kem Jati Diri Mahasiswa yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya pada 9 hingga 11 Disember 2011 di Seri Menanti Resort mendapat respon yang positif dalam kalangan perserta tahun pertama.Program Jati Diri ini dibangunkan bagi meningkatkan pengetahuan dan sikap minda positif peserta dalam membangunkan potensi kepimpinan diri, semangat patriotisme, kenegaraan dan membina jati diri sebagai mahasiswa warganegara Malaysia yang mempunyai wawasan, halatuju dan matlamat hidup yang betul dan jelas, menyokong kemajuan dan kestabilan Negara, serta cintakan agama, bangsa dan negara.Salah seorang peserta yang sempat ditemuramah berpendapat bahawa kem seperti ini adalah sangat baik bagi membina jati diri mahasiswa khususnya tahun pertama dimana antara modul yang digunakan adalah bertepatan dengan hala tuju sebagai seorang mahasiswa.Kursus ini juga amat  baik bagi Team Building  dan berharap agar lebih banyak lagi kursus seperti ini diadakan.Syabas kepada para peserta dan Hal Ehwal Pelajar!-UMD