Sudah sampai masanya debat ala parlimen menjadi bentuk tunggal pertandingan debat di Malaysia
2 Pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu telah disertai oleh tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam, iaitu UM, USM, UKM, UM, USIM, UITM dan UIAM. dengan UM sebagai tuan rumah.
3 Pertandingan akhir debat telah berlangsung di Auditorium, Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya bermula jam 2.00 petang dan Y Bhg. Profesor Datuk Dr Rohana Binti Yusof (Komandan Kor Suksis Universiti Malaya) telah sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati .
4 Sungguhpun persiapan yang dilakukan bagi penganjuran debat tersebut begitu baik sekali, namun malangnya, corak perbahasan yang dijalankan dalam Pertandingan Debat Kepolisan Antara IPTA bagi merebut Piala Komandan Kor Suksis Unversiti Malaysia diadakan ini bukanlah memenuhi kehendak dan krtiteria perdebatan alaparlimen sepenuhnya.
5 Setelah mendapat pengalaman yang begitu berharga daripada daripada penganjuran seumpama ini, mungkin pihak universiti melalui Kor Suksis masing-masing perlu memikirkan dan mengambil inisiatif segera untuk mengumpulkan individu yang pakar dalam bentuk perbahasan ala parlimen bagi mendedahkan semua perkara yang berkaitan dengan corak dan keperluan perbahasan ini.
6 Ini termasuklah dalam aspek penghakiman, yang meliputi persediaan borang penghakiman yang standard dan berkualiti, aspek-aspek yang dadili dan kriteria atau perincian sepatiap aspek ersebut, soal formasi di atas pentas, aspek strategi, teknkal dan taktikal untuk memangai perbahasan ini.
7 Hal ini turut meliputi peranan setiap pihak yang terlibat seperti peranan Tuan Speaker Dewan, peranan pembahas pertama daripada pihak kerajaan dan pembangkang, peranan pembahas kedua, ketiga dan pihak penggulung setiap pasukan.
8 Tegasnya melalui bengkel, kursus atau khemah tersebut, maklumat yang lebih menyeluruh dan terperinci serta panduan yang lebih teknikal, mikro dan berfokus dalam semua aspek yang diperlukan dalam sesuatu perbahasan ala parlimen dapat didedahkan kepada semua yang terlibat dalam perbahasan seperti jurulatih, pengurus, juru pengiring, para juri, speaker dewan dan tentunya yang lebih utama ialah pembahas itu sendiri.
9 Jika semua yang terlibat dalam perbahasan tersebut dipersiapkan sebegitu rapi sebelum pertandingan berlangsung barulah setiap pihak atau individu yang terlibat dengannya akan mendapat impak maksima dan keputusan yang diperolehi nanti adalah keputusan yang menimbulkan rasa puas yang begitu mendalam dan terkesan kepada setiap orang menerimanya.
10 Malahan pasukan yang muncul sebagai pemenang, termasuk yang dinobatkan sebagai pendebat terbaik akan dapat merasakan sendiri bahawa mereka sebenarnya adalah pemenang mutlak sebab mereka telah benar-benar mempelajari, memahami, menguasai menghayati dan melakukan sendiri amalan seorang pembahas ala parlimen.
11 Bukanlah seperti sekarang ini, di mana setiap pihak, termasuk pembahas lebih terdedah kepada perbahasan konvensional atau memiliki pengetahuan yang hanya separa masak tentang perbahasan alaparlimen ini.
12 Perbahasan ala parlimen yang mejadi bentuk pertandingan perbahasan semasa yang sudah agak lama mengambil tempat di sekolah-sekolah yang melibatkan perbahasan dalam kalangan murid melalui Piala Perdana Menteri dan guru-guru melalui pebahasan ala parlimen guru-guru Malaysia sempena hari guru patut diteruskan tanpa gagal dan tanpa pengubahsuaian sedikitpun di peringkat universiti yang melibatkan para mahasiswa.
13 Jika Debat Kepolisan Antara IPTA sekarang menjadi ukuran, maka peserta debat yang rata-rata bekas pelajar yang pernah terdedah dengan kaedah perbahasan ala parlimen sewatu di peringkat sekolah menengah dahulu, sebelum mereka memasuki IPTA tidak berupaya meneruskan atau memahirkan kebolehan mereka itu dalam bentuk perbahasan sebegini.
14 Sebaliknya mereka terpaksa kembali kepada bentuk perbahasan konvensional; yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan atau sudah tidak sesuai lagi digunakan. Mereka yang baru mula terdedah dengan perbahasan ala parlimen tiba-tiba terbantut dengan cara terpaksa berbahas mengikut stail yang lain pula.
15 Jika diteliti secara lebih mendalam, ternyata debat ala parlimen jauh lebih berupaya membentuk pendebat yang berdisiplin, mematuhi peraturan dan etika semasa membahaskan usul, melahirkan pembahas yang lebih bersopan dan lebih menguasai kemahiran-kemahiran berbahas yang sebenar.
16 Malahan saya percaya perbahasan ala parlimen ditampilkan sebagai jawapan atau penyelesaian atas kekecewaan terhadap mutu perbahasan dan etika pembahas itu sendri, termasuk ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri sekarang yang kadang-kadang tidak beretika, memalukan lawan, bertengkar, menjerit, tidak menghormati Tuan Speaker Dewan dan lawan masing-masing.
17 Kadang-kadang pembahas (wakil rakyat) di parlimen terutama pembahas daripada pembangkang dan kadang-kadang berjangkit kepada pembahas kerajaan seperti yang kita dapat saksikan melalui kaca telvisyen gagal mengawal emosi mereka lalu kata-kata yang mengandungi maki hamun, mencarut dan memalukan serta tidak bersopan ketika berbahas turut terkeluar daripada mulut mereka.
18 Ini semua disedari oleh pihak kerajaan, termasuk oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia terutama oleh Insttut Aminuddin Baki (IAB) bahawa kita tidak mahu senario yang kurang sihat ini berterusan apatah lagi hal ini berlaku di parlimen sebagai tempat dan simbol yang paling mulia di mana semua keputusan yang bakal menentukan maju mundur, selamat dan jatuh bangunnya negara dibuat di sini.
19 Setiap pihak yang bertanggungjawab tidak akan rela membiarkan trend yang tidak sihat ini daripada terus berlaku di parlimen atau di dewan undangan negeri (DUN) kita di mana setiap rakyat yang memilih mereka sebagai wakil mereka gagal mendapat gambaran sebenar sebagaimana yang mereka harapkan daripada wakil mereka.
20 Sebaliknya wakil rakyat yang berperangai tidak senonoh ini dan kadang-kadang kerap keluar dari dewan sebagai tanda protes telah memberikan gambaran buruk kepada wajah sebenar parlimen sebagai simbol demokrasi yang menjadi amalan sekian lama di negara ini.
21 Itulah sebabnya digubal satu bentuk perbahasan seperti Perbahasan atau Debat Ala Parlimen ini yang sepatutnya didedahkan kepada pelajar seawal mungkin seperti di peringkat prasekolah lagi agar apabila mereka menjadi pembahas atau pendebat suatu hari kelak seperti menjadi perwakilan yang akan membahaskan sesuatu usul dalam perhimpunan agung parti, dan wakil rakyat yang membahaskan suatu usul di parlimen.
22 Mereka diharapkan akan menjadi pembahas yang bukan sahaja mampu menyerlahkan kemampuan sebenar seorang pembahas yang berkualiti bukan sahaja dalam menghuraikan fakta, tetapi juga mampu menjadi pembahas yang sentiasa berhemah dan berhikmah sewaktu berbahas.
23 Maka kita tiada pilihan lain kecuali memilih hanya perbahasan ala parlimen yang perlu diguna pakai, dilaksanakan, dimantapkan dan diperluaskan ke segenap peringkat pertandinggan perbahasan dalam mana-mana institusi sama ada kerajaan mahu swasta atau badan persendirian agar matlamat murni daripada perbahasan ini akan tecapai sepenuhnya tanpa gagal.
24 Dalam erti kata lain perbahasan ala parlimen yang tidak pernah menutup pintunya daripada penambahbaikan merupakan satu lagi bentuk transformasi yang tidak dapat tidak perlu dilakukan demi melahirkan warganegara dan pemimpin Malaysia yang berkaliber, yang menjadi model orator atau pembahas yang terpuji
Sumber : Facebook Abd Bashid Harun-Juri Pertandingan Debat Kepolisan IPTA
UMD mengucapkan sekalung tahniah kepada Kor Suksis Universiti Malaya kerana berjaya menganjurkan pertandingan debat ini.