Saturday 3 March 2012

Apa Dah Jadi Dengan Pelajar Tajaan JPA?

Assalamualaikum dan salam perpaduan.
UMD terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat berhujung minggu kepada seluruh warga kampus. Semoga hari minggu ini digunakan dengan perkara-perkara yang berfaedah serta sihat. Semasa UMD membaca blog-blog, UMD mendapati begitu ramai yang telah memperkatakan tentang duit biasiswa tajaan JPA. Duit mereka bernilai RM500 ini dikatakan dicuri oleh kerajaan. UMD telah menyiasat hal ini dan beberapa orang kawan UMD sendiri telah bertanyakan hal ini kepada bendahari Universiti Malaya. 

Dari keterangan dari pihak Bendahari, pihak JPA akan membayar yuran pelajar terlebih dahulu. Mesti di antara kita yang akan mempersoalkan kenapa mesti hanya RM500? UMD ingin menyatakan bahawa RM500 itu ditolak disebabkan penyata awal yang diterima oleh pihak JPA sebelum kita mendaftar subjek. Selepas kita mendaftar subjek, pihak JPA sekali lagi akan menolak segala yuran-yuran yang tertunggak. Sebenarnya pihak JPA telah mengurangkan beban kepada pelajar tajaannya kerana pelajar tidak perlu lagi bersusah payah untuk beratur di kaunter ataupun pergi ke mesin atm untuk menjelaskan yuran.

Jika anda sangsi tentang ketulusan dalam menguruskan duit untuk yuran anda, anda boleh memeriksa akaun ada di UMISISWEB pada setiap hari isnin, hal ini kerana pada hari isnin akaun pelajar akan di "update". Persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan kita ialah, kalau kita dah bayar yuran terlebih dahulu macam mana? Jawapannya, anda perlu menunggu sehingga segala urusan untuk meng"update" akaun ada selesai dalam UMISISWEB dan jika terdapat lebihan pada pembayaran yuran, anda boleh menuntutnya pada pihak bendahari. Sebarang masalah boleh rujuk di pejabat Bendahari atau boleh saja membuat panggilan 03-79673504

JADI?? JANGAN BUAT SEBARANG SPEKULASI JAHAT..BERTINDAK DAN BERFIKIR SECARA POSITIF..JANGAN BUSUKKAN NAMA  MAHASISWA.