Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya Kampus , Ada Agenda Disebalik?
Pada 27 Feb 2012, Satu pengumuman telah dibuat oleh pengarag Pusat Teknologi Maklumat mengenai sistem Pilihan Raya Kampus (PRK). UMD mendapati terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada Timbalan Naib Canselor (TNC) HEP mengenai isu ini.
UMD difahamkan bahawa PRK kali ini akan dibahagikan kepada lima Zon termasuk IPS. Terlalu banyak respon yang diperolehi, ada yang menyatakan sokongan dan ada pula yang menunjukkan rasa ketidakpuas hatian terhadap sistem baru yang dijalankan pada kali ini. Persoalan yang ingin UMD nyatakan adalah jika Penggerak Mahasiswa mahupun Pro-Mahasiswa mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam varsiti kesayangan mereka ini, tidak kira bagaimana halangan yang mendatang, pasti mereka boleh menguasai mejoriti kurusi yang dipertandingkan.
ZON 1
Akademi Pengajian Islam ( API )
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Akademi Pengajian Melayu (APM)
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
ZON 2
Fakulti Bahasa dan Linguistik
Fakulti Pendidikan
Pusat Kebudayaan
Fakulti Undang-Undang
Fakulti Perakaunan dan Perniagaan
Zon 3
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Pergigian
Fakulti Perubatan
Fakulti Alam Bina
Zon 4
Fakulti Sains
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Pusat Sukan
Zon 1 dan Zon 2 merupakan bukan dari aliran Sains manakala Zon 3 dan Zon 4 merupakan dari aliran sains. UMD merasakan membahagikan kerusi umum kepada zon ini adalah wajar kerana wakil yang bakal dipilih oleh mahasiswa dapat membela dan memperjuangkan kebajikan serta keperluan mahasiswa di setiap zon dan fakulti. Jika dilihat pada sesi 2010/2011, 2009/2010 dan sebelumnya, kita tidak dapat melihat pembangunan ataupun penambahbaikan kepada struktur dalaman mahupun luaran khususnya mahasiswa dan varsiti secara amnya. Program-program untuk membangunkan mahasiswa juga tidak banyak dan nasib-nasib mahasiswa dalam dan luar kampus kurang diberikan perhatian. Dengan adanya sistem ini membolehkan nasib mahasiswa lebih terbela malahan mahasiswa dari setiap zon dan bersama-sama dengan pemimpin pilihan mereka untuk menyatakan masalah dengan lebih mudah.
UMD dapat merasakan segelintir mahasiswa beranggapan bahawa setiap sistem zon yang telah diperkenalkan ini akan mengurangkan calon Pro-Mahasiswa dari API di peringkat kerusi umum. Namun jika kita lihat kepada segi posotifnya, akan lebih ramai lagi golongan mahasiswa akan bangkit untuk membela nasib mahasiswa yang lain. Selain itu, setiap gerakan mahasiswa ini akan dapat meluaskan pengaruh meraka diseluruh varsiti dan bukannya lagi bergantung kepada fakulti-fakulti tertentu.
UMD berharap agar nasib mahasiswa di varsiti kesayangan kita ini akan dibela, kebajikan mereka dijaga, dan prestasi mereka dalam sahsiah mahupun akademik dapat diperbaiki. Kita perlulah menggunakan akal fikiran yang telah dianugerahkan dengan sebaiknya, tidak perlu mencari keburukan kepada sesuatu penambahbaikan dan jika penambahbaikan itu membawa keburukan secara jelas kepada kita. Maka perlulah sekiranya kita mengambil tindakan yang bijak. Maklumlah, kita ini bergelar mahasiswa. Jika kita bertindak tidak tidak menggunakan akal fikiran yang waras, wajarkah kita bergelar mahasiswa??
UMD akan sentiasa "update" maklumat kepada semua warga kampus.