Wednesday 30 October 2013

Konvoi Pink for October, UM

29 Oktober 2013, Selasa - Ekspresi Srikandi yang diketuai oleh saudari Nuratiqah Jani @ AJ berkesinambungan dari Sharing Session with AJ dengan membawa tema Pink for October melalui Ekspresi Srikandi 2.0. Pada jam 5.15 petang, mahasiswi-mahasiswi ini telah bersiap sedia untuk berkonvoi bagi menjemput dan mengalu-alukan kedatangan semua siswi Universiti Malaya ke kempen kesedaran kanser payudara yang bertempat di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa. Sebanyak 12 buah kereta telah turut serta dalam  mempromosi  dan  ini menunjukkan sokongan padu mereka terhadap Srikandi Malaya. Konvoi satu kampus dimulakan dari Bukit Cinta melalui Kolej Kediaman Kesepuluh, dan diakhiri dengan Kolej Kediaman Kesebelas. Begitulah kesetiaan pendokong-pendokong Srikandi Malaya.